Selasa, 18 Ogos 2026

Sejarah Menarik Kapar-Jeram Drainage Board: Dari Parit Kampung ke Lembaga Saliran

Salam buat semua. Kalau korang singgah ke daerah Kuala Selangor dan memandu menelusuri jalan pesisir pantai menuju ke lubuk sejarah bernama Jeram, cuba korang toleh sekeliling. Mesti mata korang akan perasan satu benda yang unik: lambakan papan tanda kampung yang bermula dengan perkataan "Parit". Kita ada Kampung Parit Mahang, Kampung Parit Omar, Parit Bukit Kuching, dan macam-macam parit lagi yang tersusun memanjang. Bagi orang luar, mungkin parit-parit ni nampak macam longkang besar biasa tempat air mengalir parau. Tapi bagi Atok yang membesar dengan bau masin angin Selat Melaka—parit-parit inilah saksi bisu kepada sebuah revolusi hidrologi luar biasa yang pernah mengubah takdir sosiologi dan ekonomi datuk nenek kita sewaktu zaman kolonial British dulu.

Sini, Atok nak sembang santai tapi ada isi ilmiah, tentang bagaimana sistem peparitan era kolonial sebenarnya telah 'mencipta' tanah-tanah pertanian yang makmur di Jeram hari ini.
Anggaran kos pembersihan Sg. Bukit Jeram sebanyak $386.83 pada tahun 1894.

Pengenalan

Pernah tak korang terfikir, macam mana rupa Jeram dulu sebelum ada parit dan tali air macam sekarang? Bayangkan tanah rendah dekat pantai, air pasang masuk ke darat, hujan turun hampir setiap petang, dan sungai kecil melimpah ke kawasan sekeliling. Bukan setakat sebulan dua—tapi setiap tahun, setiap musim. Tanah jadi paya. Air bertakung. Dan yang paling teruk, nyamuk Anopheles membiak merata-rata. Itulah Jeram pada akhir abad ke-19. Bukan sebab orang kampung malas nak bersihkan parit. Mereka dah buat apa yang mampu. Tapi skala masalah terlalu besar. Sebab Jeram terletak di kawasan hiliran—dia terima air dari pedalaman Kapar, daripada hujan, dan daripada pasang laut. Tiga sumber air, semuanya datang sekali.

Bila British mula buka ladang getah, barulah air ni jadi "urusan kerajaan." Tanah yang subur tak guna kalau sentiasa tenggelam. Pekerja tak boleh kerja kalau demam malaria. Jadi kerajaan kolonial terpaksa buat sesuatu. Tapi macam mana perjalanannya? Dari mana mulanya? Dan sampai bila? Mari ikut Atok. 


BAHAGIAN 1: IDEA PEMBANGUNAN PESISIR PANTAI SELANGOR

Cerita ni bermula tahun 1896. Dulu masa tu kerajaan Selangor baru mula ambil berat pasal saliran. Tapi bukan di Jeram. Di Kapar. Sebab Kapar lebih ke pedalaman, dan jalan raya Klang-Kuala Selangor yang dibina awal 1890-an dah jadi masalah. Jalan tu bertindak macam "empangan"—dia menghalang air dari kawasan pedalaman mengalir ke laut. Air bertakung, paya terbentuk, dan malaria merebak. Rekod arkib menunjukkan beberapa dokumen penting tahun 1896. 

  • Pertama, "Drainage Between Kapar and Sungei Binjai Roads Klang" pada 7 Mac 1896 (1957/0062168W). 
  • Kedua, "Sungei Binjai – Kapar Road. Drainage Scheme" pada 15 Mei 1896 (1957/0063102W). 
  • Ketiga, "Drainage Scheme Kapar Road" pada 8 Julai 1896 (1957/0064035W). 

Apa yang menariknya? Saliran awal ni fokus kepada jalan raya, bukan pertanian. Sebab sebelum bina jalan, kena selesaikan air dulu. Jalan yang tenggelam tak guna. Pada masa sama, kerajaan pun mula jual tanah. Rekod "Drainage of Land About to be Sold Near Klang" pada 6 Julai 1896 (1957/0063969W) menunjukkan tanah yang sebelum ni dianggap "tak guna" sebab basah dan berpaya, tiba-tiba jadi bernilai bila ada sistem kawalan air. Nampak tak? Saliran bukan setakat nak keringkan tanah. Ia alat untuk naikkan nilai tanah. Tanah kerajaan yang tak laku tiba-tiba boleh dijual. Itu permulaan.

Dua tahun kemudian, kerja saliran mula melibatkan tanah penduduk. Rekod "Compensation for Fruit Trees Destroyed" pada 10 Jun 1898 (1957/0077577W) menunjukkan kerajaan bayar pampasan kepada pemilik pokok buah-buahan yang terjejas. Rekod lain kata bayaran $13.55 pada 31 Disember 1898 (1957/0080624W) dan $31 pada 11 Mei 1899 (1957/0084113W). Nilai kecil, tapi maknanya besar: Kerajaan sanggup ganti rugi untuk ubah landskap. Mereka serius nak bina sistem saliran, walaupun terpaksa potong pokok orang kampung. Satu lagi rekod menarik: "Plan and Estimate, Bukit Panjang and Bukit Cheraka" pada tahun 1898 (1957/0078827W). Kawasan Bukit Panjang dan Bukit Cheraka ni ada kaitan dengan sistem aliran air ke Jeram. Kerajaan dah mula buat perancangan teknikal. Bayangkan keluarga korang dapat surat dari kerajaan kata "pokok durian tu kena tebang, tapi kami bagi $13.55." Kecil sangat, tapi korang tak boleh buat apa. Proses modenisasi ni ada harganya.

Pada tahun 1898, orang putih datang buat projek namanya Skim Saliran Jeram. Mereka gali longkang besar, buat parit, nak keringkan air tu semua. Memang diorang rancang nak tanam padi, bagi sawah bentang luas. Tapi sebelum siap pun, orang kampung dah ubah fikiran. Mereka tengok tanah dah kering, elok je tanam kelapa dengan kopi. Lagi senang jaga, lagi banyak duit masuk. Padahal diorang tak terfikir pun sebelum ini. Tindakan mereka, itu sebenarnya selamatkan mereka dari malaria.

Sebab bila air tak bertakung, nyamuk takde tempat nak bertelur. Lama-lama, orang kampung makin sihat. Tak ramai dah kena demam kecut. Orang putih pun kata, "Pengurusan air ni ubat paling mujarab." Memang betul, aku tengok sampai sekarang, kalau longkang tersumbat, mesti datang balik penyakit.

Skim Pengairan Bukit Panjang dan Bukit Cheraka dalam tahun 1898

1/4  Pengiraan Perbelanjaan Pelbagai Perkara dalam Bajet
Skim Pengairan Bukit Panjang dan Bukit Cheraka dalam tahun 1898 

2/4  Pengiraan Perbelanjaan Pelbagai Perkara dalam Bajet
Skim Pengairan Bukit Panjang dan Bukit Cheraka dalam tahun 1898 

3/4 Pengiraan Perbelanjaan Pelbagai Perkara dalam Bajet
Skim Pengairan Bukit Panjang dan Bukit Cheraka dalam tahun 1898 
4/4  Pengiraan Perbelanjaan Pelbagai Perkara dalam Bajet
Skim Pengairan Bukit Panjang dan Bukit Cheraka dalam tahun 1898 

Tahun 1904-1910: Dari Parit ke Projek Kejuruteraan

Abad ke-20 masuk. Ladang getah makin luas. Parit kecil tak cukup. Rekod 1904 tunjuk kerajaan mula sedar sistem sedia ada dah tak mencukupi.

  • Pertama, "Drainage of the Kapar District" pada 21 Mei 1904 (1957/0116374W). 
  • Kedua, "Drainage in the Vicinity of Kapar" pada 13 Julai 1904 (1957/0117391W). 
  • Ketiga, "Drainage of the Kapar District – Re" pada 27 November 1904 (1957/0119563W). 

Tiga fail dalam masa setahun. Bermakna kerajaan mula berhadapan dengan keperluan sistem yang lebih besar. Masalah air dah kait dengan pertanian, jalan raya, kesihatan dan ekonomi. Pada 1904, siasatan besar oleh Residen-Jeneral, Pemangku Residen British, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Jurutera Kerajaan, dan pekebun-pekebun seperti W.W. Bailey mengesahkan keperluan saliran lebih baik di Kapar-Jeram. Skim bernilai $110,000 diluluskan: 37 batu saluran utama dibina untuk mengalirkan 24,000 ekar tanah, bukaan jalan raya dibesarkan (jambatan dua kali ganda panjang), dan sistem penilaian saliran diperkenalkan. Ini permulaan transformasi Jeram dari paya malaria ke pusat pertanian komersial.

Satu perubahan besar berlaku 3 Mac 1906. Rekod "Kapar Drainage Scheme – Authority to Enter into Contract" (1957/0127965W) menunjukkan kerajaan mula lantik kontraktor untuk projek saliran. Ini bukan kerja gotong-royong lagi—ini projek rasmi kerajaan. 

Tahun 1907, projek berkembang. Rekod "Extension of C.C. Drain – Kapar Drainage Scheme" pada 4 Mei 1907 (1957/0135809W) menunjukkan peluasan rangkaian parit. Istilah "C.C. Drain" mungkin merujuk kepada cement concrete—bukan parit tanah lagi.

Tahun 1908: Pintu Air—Teknologi Mengawal Laut. Inilah kemuncak fasa ni. Dua rekod penting tahun 1908: "The Kapar Drainage Scheme and the Sluice Gate Assessment" pada 20 Oktober 1908 (1957/0590983W) dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, dan "Sluice Gate Assessment in Connection with the Kapar" pada 28 Oktober 1908 (1957/0144947W). Pintu air (sluice gate)—ini teknologi baru.  

Sebelum skim ini diperkenalkan, kalau korang datang ke Jeram, rupa buminya langsung tak macam sekarang. Jangan haraplah nak tengok barisan pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin atau ladang getah yang menghijau saujana mata memandang. Pada waktu itu, landskap Jeram didominasi oleh dataran rendah pesisir pantai yang dipenuhi hutan paya tawar dan paya bakau yang sangat luas.
Tanah di kawasan ini tersangatlah becak, berasid tinggi (tanah gambut lama), dan paling haru, sering ditenggelami air masin setiap kali fenomena air pasang besar melanda Selat Melaka. Sempadan airnya tidak menentu, seolah-olah laut dan darat itu bercampur.

Orang-orang Melayu lama di Jeram waktu itu kalau nak bercucuk tanam memang pening kepala. Nak tanam padi, mereka terpaksa menggunakan kaedah sawah paya tradisional yang dipanggil paya tabor. Kaedah sawah tadah hujan ini seratus peratus bergantung kepada belas ikhsan alam. Kalau musim kemarau, tanahnya merekah; kalau air pasang, sawah ditenggelami air masin yang membunuh benih padi. Hasilnya? Sekadar cukup-cukup makan untuk sara diri (subsistence farming) dan penduduk sentiasa hidup dalam rantaian kemiskinan tegar.

BAHAGIAN 2: PENGGUNAAN SAINS DAN KEJURUTERAAN HIDROLOGI

a. Bagaimana Jurutera Kolonial Mengubah Landskap Jeram

Korang pernah terfikir tak, macam mana rupa bumi Jeram yang asalnya paya liar, penuh air masin, dan tanahnya berasid gila, boleh bertukar jadi kebun kelapa dan ladang getah yang subur? Benda ni bukan magis tau, tapi ada 'sains' dan teknik kejuruteraan hidrologi yang agak gempak di sebaliknya.

Sebagai orang kampung, meh Atok terangkan secara sempoi macam mana datuk nenek kita bersama jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) era 1932 dulu buat kerja gila ni. Mereka bahagikan projek ni kepada dua strategi utama: belah pantai dan belah pedalaman.

1. Projek Belah Pantai: Teknik 'Ban' Penahan Air Masin

Masalah paling besar kat pesisir pantai Jeram dulu ialah air laut Selat Melaka selalu 'menceroboh' masuk ke darat waktu air pasang besar. Habis mati semua tanaman. Jadi, cara nak sekat air masin ni adalah dengan membina benteng tebal yang dipanggil ban tanah (coastal earth bunds). Tapi, nak bina ban ni ada tekniknya, bukan main kaut tanah letak tepi pantai macam tu je.Taktik Pokok Bakau (Mangrove Bioshield): Jurutera kolonial ni bijak. Mereka tak bina ban tanah tu betul-betul kat garisan pantai yang kena hempas ombak. Mereka undur ke belakang sikit, masuk ke arah daratan, dan biarkan satu jalur hutan bakau semula jadi kekal kat depan ban. Pokok bakau ni bertindak sebagai 'bodyguard' atau penyerap tenaga ombak. 

Bila ombak besar datang, akar-akar bakau dah tapis dan perlahankan dulu ombak tu, jadi ban tanah kat belakang tak mudah runtuh.Rahsia Tanah Liat Marin (Marine Clay): Nak bagi ban tu kalis air, mereka tak guna tanah pasir. Mereka gali tanah liat marin yang melekit dari kawasan parit sepadan. Tanah liat jenis ni bila kita padatkan betul-betul, liang-liang udara dia terus tertutup rapat. Jadi, air laut tak boleh merembes atau tiris masuk ke lot kebun orang kampung. 

Zaman dulu mana ada jengkaut (excavator) hidraulik macam sekarang. Pembinaan ban sepanjang pesisir Jeram ni dibuat guna tenaga manual seratus-peratus! British ambil buruh-buruh migran, terutamanya komuniti Jawa dan Banjar yang memang dah 'pakar' dengan selok-belok tanah pesisir pantai. Mereka hayun cangkul, lapiskan tanah liat tu sikit demi sikit, lepas tu pijak dan padatkan sampai jadi benteng yang kukuh.

2. Projek Belah Pedalaman: Menjinakkan Tanah Gambut Paya

Bila belah pantai dah selamat daripada air laut, jurutera beralih pula ke kawasan pedalaman Jeram yang menghampiri kaki Bukit Cherakah. Kat sini tanahnya jenis paya gambut—tanah hitam daripada reputan daun lama yang sangat lembut, masam (berasid tinggi), dan kalau salah urus, tanah ni boleh mendap atau 'ranap' (soil subsidence). 

Pokok getah dengan kelapa ni sensitif. Kalau tanah terlalu kering, getah tak keluar susu; kalau tanah becak sangat, akar getah reput lalu mati. Jadi, jurutera buat parit bertingkat (parit kebun bawa ke parit kampung, bawa ke parit utama). Tujuannya bukan nak keringkan terus air paya tu sampai kontang, tapi nak kawal paras air bawah tanah (water table) maintain pada kedalaman ideal, iaitu sekitar 50 hingga 70 cm dari permukaan. Barulah akar pokok boleh bernafas sempoi!

Taktik 'Basuh Asid' (Periodic Flushing)

Air paya asli kat Jeram dulu berasid gila dan bertoksik untuk tanaman komiditi. Jadi, macam mana nak hilangkan asid tu? Jurutera buat proses basuh tanah secara semula jadi. Waktu hujan lebat, air tawar dibiarkan bertakung kejap dalam parit untuk melarutkan keasidan tanah gambut tu. Bila air laut surut, pintu air automatik (tidal gates) dibuka luas-luas, maka meluncurlah air tawar yang dah berasid tadi keluar ke laut. Proses 'flushing' ni dibuat berulang-ulang kali, memakan masa dua hingga empat tahun tau! Bila tanah dah bersih daripada asid toksik, barulah penduduk mula tanam kelapa dan getah dengan jayanya.

Sistem Parit Grid Selari

Kalau korang perasan, parit-parit kat kampung Jeram ni digali lurus-lurus bentuk petak grid yang selari. Ini penting supaya kadar saliran air tu adil dan sama rata bagi setiap lot tanah pertanian penduduk. Tak adalah kebun si A kering, kebun si B pula banjir bertakung sampai jadi paya masam balik.


BAHAGIAN 3: PENGURUSAN KEWANGAN SKIM-SKIM PEPARITAN

Dua rekod 26 April 1910 tunjuk usaha penambahbaikan diteruskan: "Kapar Drainage Scheme – Making of a Sunk Invert" (1957/0151558W) dan "Kapar Drainage Scheme – Recommends that the Balance" (1957/0151565W). "Sunk invert"—istilah teknikal untuk dasar saliran yang diturunkan arasnya supaya air mengalir lebih lancar.

Cerita pasal Kapar Drainage Scheme ni bukan setakat pasal parit dan pintu air. Ada satu lagi babak penting yang jarang orang cerita—babak kewangan dan tanggungjawabSelepas siasatan besar pada 1904, satu keputusan penting dibuat. Skim saliran bernilai $110,000 tu diluluskan, tapi ada syarat:

"Kapar drainage scheme would be liable to the assessment rate of $1 per acre, that the Government would be responsible for the upkeep of the drainage system but that the cost would be borne by the estates out of the levy." 

Atok terjemahkan:

  1. Estet kena bayar $1 bagi setiap ekar tanah yang mendapat manfaat daripada saliran. Ini bukan pilihan—ia cukai wajib.

  2. Kerajaan bertanggungjawab jaga sistem saliran—baik pulih parit, bersihkan saluran, pastikan pintu air berfungsi.

  3. Tapi kos penyelenggaraan ditanggung oleh estet melalui kutipan cukai tu. Maknanya, kerajaan uruskan, tapi estet yang bayar.

Kenapa susunan macam ni?

Sebab masa tu, kerajaan kolonial dah faham satu perkara: estet-estet yang untung daripada saliran kena tanggung kosnya. Tak adil kalau kerajaan guna duit awam untuk keringkan tanah ladang getah, tapi hasilnya masuk poket pekebun.

Tapi dari sudut pekebun, sistem ni sebenarnya menguntungkan. Mereka bayar $1 se ekar, tapi sebagai balasan:

  • Tanah jadi produktif—tak tenggelam, boleh tanam getah
  • Pekerja sihat—kurang malaria, kurang cuti sakit
  • Hasil getah naik—lebih banyak getah boleh dieksport
  • Kalau dikira, $1 se ekar tu pelaburan yang berbaloi.

Apa maksudnya untuk Jeram? Sistem ni menunjukkan satu peralihan penting: saliran bukan lagi projek kerajaan semata-mata—ia satu perkongsian kos antara kerajaan dan sektor swasta. Kerajaan uruskan infrastruktur, estet bayar untuk perkhidmatan. Model ni kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan lembaga-lembaga saliran macam Kapar Drainage Board (1910) dan akhirnya Jeram Drainage Board (1926).

Jadi bila Atok cakap saliran ubah Jeram, maksud Atok bukan setakat parit dan pintu air. Ia juga ubah cara orang fikir pasal tanggungjawab—tanah yang produktif perlukan penyelenggaraan, dan penyelenggaraan perlukan duit. Dan duit tu kena datang daripada mereka yang untung. Itulah realiti pembangunan kolonial. Ada untung, ada kos. Dan kos tu, macam biasa, ditanggung oleh mereka yang mampu.

Kesimpulannya, Kapar Drainage Scheme diluluskan dengan syarat: estet kena bayar $1 bagi setiap ekar tanah yang mendapat manfaat saliran. Kerajaan bertanggungjawab menyelenggara sistem, tapi kos ditanggung oleh estet melalui kutipan cukai. Ini mewujudkan model perkongsian kos antara kerajaan dan sektor swasta yang menjadi asas kepada penubuhan lembaga saliran macam Jeram Drainage Board (1926).

a. 1901-1916: Malaria—Ancaman Yang Paling Dibenci

Tapi ada satu masalah yang masih menghantui: malaria. Dr. Malcolm Watson ambil alih tugas sebagai Pegawai Bedah Daerah Kuala Selangor pada 1901. Beliau terkejut dengan kadar malaria di kawasan ni. Data hospital menunjukkan: pada 1898, 28.3 peratus pesakit ada malaria; pada 1901, melonjak ke 59.0 peratus; pada 1902, turun ke 33.4 peratus; dan pada 1903, turun ke 23.0 peratus. Kenapa melonjak pada 1901? Sebab jalan Klang-Kuala Selangor yang siap awal 1890-an dah jadi punca. Jalan tu bertindak macam empangan. Air tak boleh mengalir ke laut. Kawasan pedalaman sentiasa banjir. Nyamuk membiak. Pegawai Daerah, Mr. A. Hale, dalam laporannya 1897 kata jalan tu "bertindak seperti empangan panjang dari Sabak ke Kapar, seolah-olah dibina dengan sengaja untuk menghalang air daripada sampai ke laut."

Masa sama, industri getah berkembang. Pelopor dari Ceylon mula tanam getah sekitar 1898. Menjelang 1904, ladang getah dah mantap. Buruh India masuk ramai-ramai. Tapi tanpa kawalan air, ladang jadi perangkap maut. Satu laporan tahun 1916 beri gambaran jelas. 

  • Estet Bukit Kraiong (Kerayong) dan Estet Jeram digambarkan sebagai "ladang lalang yang bergelombang" sebab pekerja tak cukup. Malaria buat pekerja lemah. Ladang terbengkalai. 
  • Estet Jalan Acob—barisan pekerja dan banglo pengurus kena tinggal. Lokasi terlalu dekat hutan—tempat nyamuk membiak.
  • Estet Sungei Kapar—satu penempatan pekerja jadi kawasan paling maut. Dokumen kata: "Geng pertama kuli yang mendiaminya secara praktikalnya telah dihapuskan oleh malaria. Semua kanak-kanak di bawah umur lima belas tahun didapati dijangkiti malaria melalui pemeriksaan darah." Dua kontraktor mati sebab malaria. Ramai kuli mati sebab enggan ambil kina.
  • Estet Golconda—pihak pengurusan terpaksa bagi dos kina berkala kepada pekerja. Bukan untuk rawatan, tapi untuk pastikan mereka cukup sihat untuk bekerja. Kanak-kanak dalam kalangan keluarga buruh India mengalami pembesaran limpa—tanda jangkitan malaria kronik.

Ini bukan cerita kesihatan. Ini cerita ekonomi. Ladang getah tak boleh untung kalau pekerja mati dan kanak-kanak sakit. Motif kerajaan bukan nak selamatkan penduduk—tapi nak selamatkan tenaga buruh. Pekebun getah, terutamanya Mr. W. W. Bailey, dah tak tahan. Dia mengadu bahagian Klang jalan raya masih menghalang saliran. Mustahil nak alirkan estet dengan cekap.

Pada 29 April 1904, Watson hantar laporan kepada kerajaan dengan data membimbangkan: antara 55 hingga 65 peratus kematian di sepanjang Jalan Kapar sebab demam, dan sehingga 35 peratus kemasukan hospital akibat malaria. Watson kata: "Kerja yang tanpa alasan meninggalkan jejak malaria di belakangnya adalah kejuruteraan yang buruk." Siasatan bersama oleh Residen Jeneral, Pemangku Residen British, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Jurutera Kerajaan dan pekebun mengesahkan: perlu saliran yang lebih baik. Satu skim diluluskan dengan perbelanjaan $110,000 (kira-kira £110,000)—jumlah besar untuk masa tu. Perhatikan siapa yang duduk dalam siasatan tu. Pekebun ada. Jurutera ada. Doktor ada. Tapi penduduk tempatan? Entahlah. Ini keputusan orang atas, untuk kepentingan ekonomi kolonial.

b. 1904-1925: Kapar Drainage Scheme—Projek Besar yang Ubah Segalanya

Skim saliran Kapar yang diluluskan merangkumi beberapa komponen.

  1. Pembesaran bukaan melalui jalan raya—di sesetengah tempat, jambatan perlu dua kali ganda panjang. 
  2. Pembinaan 37 batu saluran utama—cukup untuk saliran 24,000 ekar tanah; beberapa saluran selebar 20 kaki. 
  3. Penghapusan lubang bekas ambilan tanah (borrow pits)—lubang di tepi jalan yang jadi tempat air bertakung dan nyamuk membiak. 
  4. Pemindahan penempatan pekerja—ke lokasi jauh dari hutan dara, sekurang-kurangnya setengah batu dari kawasan pembiakan nyamuk. Kelima, pembinaan pintu air—untuk kawal aliran air pasang dan air hujan.

Hasilnya dramatik. Data dari Seafield Estate, yang guna sistem saliran bawah tanah: pada 1914, 93.9 peratus tenaga buruh terima rawatan malaria; menjelang 1924, jatuh ke hanya 1.08 peratus. Kadar kematian buruh menurun sehingga kurang daripada separuh berbanding kadar di India. Kesihatan masyarakat Eropah pun meningkat. Pelaburan dalam saliran bukan saja selamatkan nyawa—tapi beri pulangan ekonomi. Kos modal saliran bawah tanah di Seafield Estate dari 1911 hingga 1918 ialah $68,243 (kira-kira £8,000). Pulangan daripada peningkatan hasil tanaman dan pengurangan kos pengeluaran "mungkin telah membayar balik kos saliran bawah tanah beberapa kali ganda dalam tempoh lima tahun yang lalu." Kawasan yang disalirkan menjadi "sihat seperti mana-mana yang terdapat di negara ini."Ini kunci faham sejarah saliran—bukan setakat parit, tapi strategi ekonomi. Saliran = kurang malaria = buruh sihat = hasil getah naik = untung. Semuanya berkait.

c. 1910-1914: Kapar Drainage Board—Pentadbiran Rasmi Bermula

Bila sistem fizikal dah besar, kerajaan sedar—perlu badan yang jaga. Bukan setakat bina, tapi selenggara dan urus kewangan. Pada 21 April 1910, mesyuarat pertama Kapar Drainage Board (1957/0151501W). Ini permulaan pentadbiran rasmi saliran. Pada 7 Februari 1911, mesyuarat seterusnya (1957/0156013W). Pada 16 Ogos 1911, mesyuarat "Drainage Assessment" (1957/0159164W).

Apa maksud "Drainage Assessment"? Kerajaan mula kenakan cukai saliran kepada pemilik tanah yang mendapat manfaat. Tanah jadi lebih bernilai sebab saliran—pemilik kena bayar. Saliran jadi sistem ekonomi, bukan perkhidmatan percuma. Inilah permulaan "Lembaga Saliran." Dulu parit kampung, sekarang ada mesyuarat, ada cukai, ada peraturan. Jeram belum ada lembaga sendiri lagi—tapi asas dah mula terbentuk.

Pada 21 Februari 1914, rekod "Drainage Assessment Sungei Buloh and Kapar–Jeram Drainage" (1957/0174635W). Ini kali pertama Jeram disebut secara rasmi dalam dokumen saliran. Sebelum ni, Jeram hanya "terkesan." Sekarang, dia jadi sebahagian daripada sistem penilaian. Kenapa? Sebab air dari Kapar mengalir ke Jeram. Tak guna kawal di Kapar kalau Jeram tenggelam. Hubungan ekologi memaksa penyatuan pentadbiran.

Pada 9 Ogos 1918, kerajaan buat penambahbaikan sistem saliran Kapar–Jeram (1957/0200910W). Perubahan guna tanah, ladang baru, dan pertambahan penduduk—semua sebabkan sistem perlu sentiasa diselenggara. Pada 4 Mei 1920, Kapar–Jeram Drainage Board ditubuhkan (1957/0210208W). Dua kawasan ni sekarang di bawah satu pentadbiran. Lembaga ni jadi penghubung antara kerajaan, jurutera, pemilik tanah, dan masyarakat.

Pada 1923, satu perkembangan menarik. Rekod "Forwards an Appeal Signed by Members of the Kapar" pada 2 Januari 1923 (1957/0224540W) menunjukkan penduduk membuat rayuan tentang isu saliran. Sama ada kadar bayaran, penyelenggaraan, atau kesan terhadap tanah persendirian—mereka dah mula bersuara. Ini penting. Dulu pembangunan dari atas ke bawah. Sekarang penduduk mula bantah dan buat rayuan. Saliran bukan lagi projek kerajaan semata—ia melibatkan kehidupan orang kampung.

"Skim Saliran Klang-Kapar di Selangor telah siap. Skim ini telah menjadikan 5,000 ekar tanah paya bakau tersedia untuk tanaman dan telah memberi perlindungan kepada 5,500 ekar lagi tanah di pedalaman yang sebelum ini sering mengalami kerosakan akibat banjir."

Angka ni penting. 5,000 ekar paya bakau bertukar jadi tanah pertanian—tu hampir 2,000 padang bola. Tambah 5,500 ekar lagi yang dapat perlindungan banjir. Total 10,500 ekar tanah yang berubah nasib. Bayangkan—dari kawasan yang dulu dipenuhi nyamuk dan air masin, jadi ladang getah dan tanaman komersial. Ini bukti bahawa projek saliran bukan setakat keringkan tanah, tapi ubah seluruh landskap ekonomi Jeram dan Kapar.


Penggalian parit dalam Skim Peparitan Kapar membawa manfaat bersama untuk Bukit Kerayong Dan Jeram Estates dalam membasmi malaria dan pengairan tanaman.

Peta lakar tahun 1918 menunjukkan kawasan-kawasan yang telah dibina peparitan dalam mukim Jeram dan Kapar

d. 1926: Jeram Drainage Board—Jeram Ada Pentadbiran Sendiri

Inilah titik perubahan paling penting. Pada 16 Februari 1926, rekod "Minutes of Meetings, 1926 – Jeram Drainage Board" (1957/0240310W). Lembaga ni dah mula uruskan akaun kewangan tahunan, pindaan Rule 8 di bawah Drainage Rate Enactment (undang-undang kadar saliran), dan pelarasan sempadan kawasan saliran di Simpang Tiga. Pada 21 Disember 1926, "Constitution of the Jeram Drainage Board" (1957/0244674W). Penubuhan rasmi. Apa maknanya? Jeram dah tak bergantung kepada Kapar. Dia ada pentadbiran sendiri. Jeram dah berkembang—dari kawasan kampung pesisir, ke kawasan yang ada kepentingan ekonomi dan pentadbiran.

Tanggungjawab Jeram Drainage Board: penyelenggaraan parit, pengurusan kadar saliran, kewangan lembaga, dan hubungan dengan pemilik tanah. Metafora mudah: Kalau jalan raya menghubungkan manusia, dan kereta api menghubungkan ekonomi, saliran pula adalah asas yang membolehkan tanah digunakan dan didiami. Tanpa saliran, tak ada ladang, tak ada kampung, tak ada Jeram macam hari ini.

Selepas penubuhan, lembaga terus berfungsi. Pada 1929, mesyuarat berterusan (1957/0258102W)—bukti saliran bukan projek sekali jalan. Kawasan pesisir sentiasa berubah ikut musim hujan, air pasang, dan guna tanah. Pada 1930, rekod "Minutes of Meeting, 1930 – Jeram Drainage Road" (1957/0265407W)—hubungan saliran dan jalan raya. Jalan dan parit berkembang bersama.

e. Jeram Selepas Penubuhan Jabatan Pengairan dan Saliran (1932)
1.  'Parit Ban Pantai' : Sentuhan Kejuruteraan Kolonial
Segala-galanya mula berubah apabila pihak kolonial British mula menyedari potensi ekonomi terselindung di daerah Kuala Selangor. Selari dengan penubuhan Jabatan Pengairan dan Saliran (Drainage and Irrigation Department - DID) pada tahun 1932, British mula merangka pelan induk hidrologi secara besar-besaran untuk mengawal wilayah pesisir pantai. Di Jeram, kerja-kerja ukur tanah mula dijalankan di kawasan pedalaman seperti Bukit Panjang untuk memulakan projek perparitan rintisan.
Strategi utama British adalah membina sistem Parit Ban Pantai (coastal bunds) yang dilengkapi dengan infrastruktur mekanikal yang dipanggil Pintu Air Pasang Surut (tidal gates). Mekanisme pintu air ini sebenarnya ringkas tetapi sangat genius: ia menggunakan sistem graviti sehala (sluice gates).
Apabila air laut surut, tekanan daripada air tawar yang bertakung di dalam parit kampung (seperti Parit Mahang dan Bukit Kuching) akan menolak pintu air untuk terbuka secara automatik. Air paya yang berasid dan berkeladak itu pun mengalir keluar dengan lancar ke laut. Sebaliknya, apabila air laut mula pasang besar, tekanan ombak dari Selat Melaka akan menolak pintu tersebut hingga tertutup rapat. Impaknya, air masin terhalang daripada melimpah masuk ke dalam sistem parit pertanian penduduk kampung.
Sistem peparitan ini bertindak menurunkan paras air bawah tanah (water table). Bekas-bekas tanah paya yang dahulunya digeruni dan dianggap 'tanah mati', mula mengering, menjadi stabil, dan sedia untuk dimiliki serta diteroka oleh penduduk tempatan. 
2.  Apabila Padi Mengalah Kepada Kelapa dan Getah
Sebaik sahaja tanah bekas paya itu berjaya ditebus guna, bermulalah satu lembaran sosio-ekonomi yang paling menarik dalam sejarah Jeram: penukaran tanaman secara drastik dan besar-besaran.
Penduduk tempatan mula menyedari bahawa tanah pesisir pantai yang sudah kering dan disalirkan dengan baik ini rupa-rupanya mengandungi nutrien yang sangat subur untuk tanaman pokok kelapa. Pokok kelapa didapati sangat serasi dengan tanah liat pesisir yang lembap bertapis, asalkan airnya tidak bertakung tegar.
Melihatkan potensi ini, pesawah-pesawah tradisional di Jeram mengambil keputusan berani. Mereka menebang sisa-sisa sawah padi paya mereka dan menggantikannya dengan barisan pokok kelapa. Dalam masa beberapa tahun sahaja, landskap Jeram bertukar menjadi ladang kelapa yang luas. Jeram muncul sebagai antara mukim pembekal kelapa kering (copra) utama yang menghantar bekalan bertali-arus ke kilang-kilang pengekstrakan minyak di Klang.
Bukan itu sahaja, bagi sistem parit yang digali agak jauh ke kawasan pedalaman—menghampiri sempadan Bukit Cherakah dan Kapar—tanahnya menjadi cukup kering untuk menampung komoditi yang paling bernilai tinggi pada era kolonial: getah. Pokok getah tersangatlah sensitif; jika akarnya terendam di dalam air paya yang bertakung, pokok akan mereput dan mati. Dengan adanya parit kolonial yang mengalirkan air berlebihan, pekebun kecil Melayu di Jeram berpusu-pusu menanam getah kerana pulangan tunainya jauh lebih lumayan, konsisten, dan menjamin masa depan berbanding menanam padi sara diri yang penuh risiko.
3.  Legasi "Parit" dalam Geografi Budaya Kita
Kesan daripada skim tebus guna tanah paya ini bukan sahaja merubah profil ekonomi, tetapi juga membentuk corak penempatan manusia (geografi budaya) yang kita warisi sehingga ke hari ini. Penduduk mula membuka lot kebun dan membina rumah secara berpola memanjang mengikut jajaran parit yang digali oleh kerajaan kolonial.
Pada zaman itu, jalan raya darat belum sempurna dibina. Jadi, parit-parit besar inilah yang berfungsi sebagai 'lebuh raya' air. Datuk nenek kita menggunakan perahu untuk mengangkut guni-guni kelapa kering dan susu getah dari kebun pedalaman ke pangkalan utama di pesisir pantai. Sebab itulah, jika kita melihat peta Mukim Jeram, nama-nama kampung menceritakan asal-usul tanahnya. Kampung Parit Mahang contohnya, dibuka apabila parit pertanian digali menembusi barisan hutan pokok mahang—iaitu spesies pokok perintis yang memang terkenal hanya tumbuh di kawasan tanah bekas paya asli yang baru kering.

Atok terjumpa satu dokumen lagi. Kali ni dari Laporan Tahunan Lembaga Penasihat Malaria (Malaria Advisory Board) tahun 1932. Dalam laporan tu, ada disebut lima skim saliran yang dicadangkan:

"drainage schemes are proposed, namely: (a) Teluk Pulai scheme; (b) Rantau Panjang scheme; (c) Sementa scheme; (d) 13 mile scheme; (e) Kampong Jeram scheme (20th mile). All these schemes have the same object in view..."

Atok perhatikan satu persatu.

Teluk Pulai—kawasan dekat pantai, mungkin sama macam kawasan paya yang selalu banjir. Rantau Panjang—mungkin merujuk ke kawasan pedalaman. Sementa—Atok pernah dengar nama ni.13 mile scheme—mungkin merujuk ke batu ke-13 Jalan Klang-Kuala Selangor. Dan Kampong Jeram scheme (20th mile) —ini yang paling menarik. Kampung Jeram di batu ke-20.

Apa maksud semua ni? Tahun 1932, masalah malaria di Jeram masih serius. Walaupun Kapar Drainage Scheme dah siap 1908, dan Jeram Drainage Board ditubuhkan 1926, masih ada kawasan yang perlu disalirkan. Lembaga Penasihat Malaria cadangkan lima skim baru. Semua skim ni ada "tujuan yang sama", kemungkinan besar tujuannya sama: kawal malaria melalui saliran. Sebab masa tu, Lembaga Penasihat Malaria memang bertanggungjawab untuk cadangkan langkah-langkah kawalan malaria, termasuk saliran dan pengairan.

Tahun 1934, Dr. Barrowman, doktor peribadi Sultan Selangor. Orang putih pangkat besar, tapi lain macam sikit. Doktor putih lain suka duduk pejabat berhawa dingin, dia pula suka turun padang, jalan kawasan paya, basah seluar sampai ke lutut. Kata dia, nak tengok sendiri tempat nyamuk membiak.

Masa tu, ladang getah mula buka dekat Jeram. Semua orang gembira, banyak kerja, banyak rezeki. Tapi tak lama lepas tu, datang malaria bertalu-talu. Pekerja jatuh sakit, demam panas, menggigil. Ada yang mati. Rumah ladang sesak, tingkap takde skrin, nyamuk masuk merata. Orang putih pelik, "Kenapa jadi macam ni?"

Dr. Barrowman pun datang siasat. Dia nampak, bila orang tebang hutan untuk ladang getah, air hujan takde pokok nak serap. Tanah jadi lopak-lopak. Nyamuk *Anopheles* tu suka sangat air jernih tenang, bertelur banyak-banyak. Lepas tu, nyamuk tu gigit pekerja, bagi kuman malaria. Sebab tu wabak merebak macam api. Dia ajar orang kampung buat beberapa benda. 

  • Pertama, keringkan paya. Gali longkang, alirkan air ke sungai. Jangan biar air bertakung dekat rumah ladang. 
  • Kedua, pasang skrin nyamuk di tingkap. Tapi pekerja tak suka, panas sangat. Depa buka tingkap, skrin koyak, nyamuk masuk balik. Dr. Barrowman pun geleng-geleng kepala. 
  • Ketiga, bagi ubat kuinin setiap pagi. Mandur panggil pekerja baris, bagi ubat tu macam bagi gula-gula. Tapi kuinin pahit gila, ada yang telan, ada yang sembunyikan. Memang susah nak ubah orang.
Tapi Dr. Barrowman tak putus asa. Dia usaha bersungguh-sungguh. Bila ada kursus dari Liga Bangsa-Bangsa, dia ajak pegawai kesihatan dari seluruh Asia datang belajar ke Jeram. Dia tunjuk cara depa kawal nyamuk. Semua orang kagum, "Orang putih ni betul-betul nak tolong."

Lepas beberapa tahun, malaria mula reda. Pekerja tak ramai sakit, ladang getah jalan lancar. Sultan Selangor pun bangga, bagi dia gelaran **Dato' Semboh Diraja**. Dulu ada jalan dekat Klang dinamakan Jalan Barrowman sebagai kenangan. Padahal dia orang putih, tapi dia sayang Tanah Melayu.

"Kalau kau nampak longkang tersumbat, jangan biar. Sebab Dr. Barrowman ajar kita, air bertakung bawa maut." 

Perhatikan jaringan perparitan dalam peta Jeram dalam tahun 1933

Pada 1935, laporan The Straits Times (16 Mei, "Malaria in Selangor Coastal Districts") tunjuk malaria masih masalah di kawasan pesisir—termasuk Kuala Selangor, Kapar, dan sekitarnya. Walaupun Jeram Drainage Board dah hampir sedekad wujud, penyakit tak hilang sepenuhnya. Sebab? Kawasan pesisir sentiasa terdedah. Sistem perlu sentiasa dikawal. 

Pokok-pokok getah hidup subur dengan adanya sistem peparitan dalam estet

Keratan “Drainage and Bunding”  di atas memberikan kita sesuatu yang selama ini kita cari — laporan yang menyebut kejadian banjir secara terus. Laporan itu menyatakan bahawa sejak sekian lama terdapat masalah besar dalam sistem saliran di estet-estet Sungai Buloh. Antara masalah yang disebut ialah “great frequent floods from the Sungei Buloh river”, iaitu limpahan Sungai Buloh yang kerap dan besar. Banjir tersebut bukan sekadar mengganggu aliran air, malah menyebabkan kerosakan yang besar kepada estet-estet berdekatan. Ini penting kerana kita sekarang tidak lagi bergantung kepada andaian daripada kewujudan parit atau bund. Ada laporan sezaman yang secara terang-terangan menyebut sungai melimpah dan banjir menyebabkan kerosakan.

Masalah itu begitu serius sehingga memerlukan campur tangan kerajaan. Laporan tersebut menyatakan bahawa selepas tekanan yang berterusan, pada tahun 1934 sebuah Drainage Board dibentuk dan sebuah bund besar dibina untuk menahan air banjir. Bund itu dilaporkan mempunyai panjang kira-kira lapan batu dan melindungi sekitar 10,000 ekar kawasan getah. Cuba bayangkan skalanya. Kita bukan bercakap tentang satu parit kampung atau kawasan kecil yang dinaiki air. Kita bercakap tentang ribuan ekar tanah ekonomi yang perlu dilindungi daripada limpahan sungai.

Dan di sinilah cerita Sungai Buloh mula bersambung dengan cerita Kampong Jeram. Pada tahun yang sama, 5 April 1934, kerajaan Selangor mempunyai satu lagi fail penting, iaitu 1957/0283118W, bertajuk “Proposals for: Declaration of a Drainage Area at Kampong Jeram – Construction of a Bund and Water-Gates”. Ini bukan sekadar rekod penyelenggaraan parit. Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Kampong Jeram sebagai satu kawasan saliran yang tersusun dan membina bund serta pintu air.

Kemudian pada 2 Mac 1937, muncul pula fail 1957/0288922W, “Erection of a Bund and Water Gate at Jeram”. Jadi pada tahun 1934 kita melihat cadangan, manakala pada 1937 kita melihat pembinaan. Bila dua rekod ini dibaca bersama laporan Sungai Buloh, satu gambaran yang lebih kuat mula muncul. Pada dekad 1930-an, masalah air di landskap Mukim Jeram telah sampai ke tahap yang memerlukan pembinaan infrastruktur kawalan air secara besar-besaran.

Atok suka tengok perkara ini sebagai satu rangkaian, bukan sebagai fail yang berdiri sendiri. Pada 1914, kerajaan sudah menjalankan “Drainage Assessment Sungei Buloh and Kapar–Jeram Drainage Areas”. Pada 1918, muncul pula “Drainage Improvements Within the Kapar–Jeram Drainage Area”. Pada 1923, terdapat mesyuarat Kapar–Jeram Drainage Board. Pada 1926, wujud pula “Constitution of the Jeram Drainage Board”, diikuti mesyuarat pada 1929 dan urusan “Jeram Drainage Road” pada 1930.

Kemudian datang tahun 1934. Di Sungai Buloh, kita mempunyai laporan tentang banjir sungai yang kerap dan kerosakan estet, sehingga bund besar diperlukan. Di Kampong Jeram pula, kerajaan mencadangkan Drainage Area, bund dan water-gates. Tiga tahun kemudian, bund dan water gate di Jeram pula direkodkan dalam urusan pembinaan.

Bagi Atok, susunan ini membawa satu kesimpulan yang lebih kukuh daripada apa yang kita ada sebelum ini. Masalah air di Mukim Jeram bukan semata-mata masalah parit. Ia adalah masalah mengawal pergerakan air dalam satu landskap yang mempunyai sungai, tanah rendah, kawasan pertanian dan penempatan. Sebahagian air perlu dikeluarkan melalui sistem saliran, tetapi pada masa tertentu air dari sungai pula perlu ditahan supaya tidak masuk dan merosakkan kawasan yang dilindungi.

Keratan kedua, “Feeder Drains”, membantu kita memahami bagaimana sistem itu berfungsi. Ia menerangkan tentang rangkaian saliran yang terdiri daripada saluran utama, feeder drains, field outlet drains dan field drains. Air dari kawasan ladang dikumpulkan melalui saluran kecil sebelum dialirkan ke saluran yang lebih besar. Sistem ini bukan satu parit tunggal, tetapi sebuah rangkaian yang menghubungkan kawasan pertanian dengan saliran utama.

Laporan itu juga menyebut kira-kira 125 batu saluran dalam sistem Sungai Buloh. Angka ini memberi kita gambaran tentang betapa luasnya usaha mengawal air di kawasan tersebut. Air daripada kawasan pertanian perlu dikumpulkan dan dialirkan keluar, sementara bund pula diperlukan untuk menghalang limpahan sungai. Dengan kata mudah, masalahnya datang dari dua arah: air perlu dikeluarkan dari tanah, tetapi air sungai pula perlu dihalang daripada masuk.

Sebab itu kewujudan water-gate di Jeram menjadi sangat menarik. Pintu air bukan sekadar parit. Ia membolehkan manusia menentukan bila air boleh bergerak dan ke mana air boleh dialirkan. Dalam kawasan pesisir seperti Jeram, persoalan ini menjadi lebih penting kerana selain hujan dan aliran sungai, kita juga perlu mengambil kira kemungkinan pengaruh air pasang. Tetapi Atok masih tidak mahu mengatakan bahawa water-gate Jeram pasti dibina kerana air laut. Itu perlu dibuktikan daripada isi fail 1934 dan 1937.

Yang kita sudah ada ialah fakta yang cukup kuat: Sungai Buloh dalam landskap Mukim Jeram dilaporkan mengalami banjir sungai yang kerap, banjir itu menyebabkan kerosakan kepada estet, dan pada 1934 sebuah bund besar diperlukan untuk menahan air banjir. Pada masa yang sama, Kampong Jeram sendiri sedang dirancang sebagai kawasan saliran dengan bund dan pintu air.

Dan dalam kes Jeram, kita sudah menemui salah satu bukti yang paling penting: Sungai Buloh sendiri dilaporkan kerap melimpah dan menyebabkan kerosakan. Oleh sebab Sungai Buloh itu berada dalam landskap Mukim Jeram, laporan tersebut tidak lagi boleh dianggap sebagai cerita banjir yang jauh daripada Jeram.

Namun Atok tetap mahu menjaga disiplin sejarah. Kita tidak boleh menulis bahawa “banjir Sungai Buloh pada 1934 ialah banjir Kampong Jeram” tanpa bukti lokasi yang lebih khusus. Kita juga tidak boleh mengatakan semua banjir di Mukim Jeram berpunca daripada sungai. Yang boleh kita katakan dengan yakin ialah banjir sungai memang berlaku dalam landskap Mukim Jeram, masalahnya cukup serius untuk menyebabkan kerosakan ekonomi, dan kerajaan bertindak dengan membina sistem saliran serta bund untuk mengawalnya.

Jadi sekarang cerita kita sudah mempunyai tiga lapisan bukti. Pertama, bukti pentadbiran — penilaian saliran dan Drainage Board sejak 1914. Kedua, bukti kejadian — laporan tentang Sungai Buloh yang kerap melimpah dan menyebabkan kerosakan. Ketiga, bukti fizikal — pembinaan bund, water-gates dan rangkaian saliran yang luas.

Bila tiga lapisan ini bertemu, Atok rasa kita sudah boleh berkata sesuatu yang lebih berani tetapi masih bertanggungjawab:

Pada zaman kolonial, landskap Mukim Jeram memang berhadapan dengan masalah banjir dan kawalan air. Sungai Buloh dilaporkan kerap melimpah sehingga menyebabkan kerosakan kepada estet-estet berdekatan, sementara kerajaan secara beransur-ansur membangunkan sistem saliran, Drainage Board, bund dan pintu air di kawasan Jeram. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara masyarakat, tanah pertanian dan air di Mukim Jeram bukanlah masalah baru, tetapi telah menjadi persoalan kejuruteraan dan pentadbiran sejak awal abad ke-20.

Dan bagi Atok, di sinilah cerita sebenar Jeram mula muncul. Jeram bukan sekadar sebuah kampung di tepi laut. Ia adalah sebuah landskap air. Ada Sungai Buloh, ada kawasan rendah, ada tanah pertanian, ada saliran, ada bund dan ada pintu air. Bila hujan turun, air perlu dikeluarkan. Bila sungai melimpah, air perlu ditahan. Bila air dari luar datang, pintu perlu dikawal. Maka orang Jeram sejak dahulu sebenarnya hidup dengan satu persoalan yang sama seperti hari ini: bagaimana hendak memastikan air yang diperlukan untuk hidup tidak bertukar menjadi air yang memusnahkan kehidupan.

Kerajaan dan pihak yang mengusahakan tanah kemudian terpaksa mencari jalan untuk mengawal keadaan. Pada tahun 1934, menurut laporan tersebut, sebuah Drainage Board dibentuk dan sebuah bund yang besar dibina untuk menghalang air banjir daripada memasuki kawasan yang dilindungi. Bund itu dilaporkan kira-kira lapan batu panjang dan melindungi sekitar 10,000 ekar kawasan getah.

Cuba kita bayangkan keadaan itu. Lapan batu bund bukan lagi kerja menggali sebuah parit kampung. Ia menunjukkan bahawa manusia pada ketika itu sudah cuba mengubah cara air bergerak dalam satu kawasan yang luas. Sungai yang selama ini bebas melimpah perlu dikawal, manakala air yang terkumpul di kawasan pertanian pula perlu dialirkan keluar.

Keratan kedua, bertajuk “Feeder Drains”, memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana sistem tersebut berfungsi. Air dari kawasan pertanian dikumpulkan melalui saluran-saluran kecil sebelum disalurkan ke saluran yang lebih besar. Terdapat field drains, field outlet drains dan saluran utama yang membentuk satu rangkaian saliran yang panjang. Keseluruhan sistem Sungai Buloh yang diterangkan dalam laporan itu mencapai kira-kira 125 batu saluran.

Jadi, masalahnya sebenarnya datang dari dua arah. Air yang berada di atas tanah perlu dibuang, tetapi pada masa yang sama air dari sungai pula perlu ditahan supaya tidak masuk dan menenggelamkan kawasan pertanian. Sebab itulah saliran dan bund menjadi dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Menariknya, pada tahun yang sama, 1934, Kampong Jeram sendiri muncul dalam rekod kerajaan dengan masalah yang hampir seiring. Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 1957/0283118W, bertarikh 5 April 1934, membawa tajuk:

“Proposals for: Declaration of a Drainage Area at Kampong Jeram – Construction of a Bund and Water-Gates.”

Kerajaan mencadangkan supaya Kampong Jeram diisytiharkan sebagai sebuah kawasan saliran, selain membina bund dan water-gates. Tiga tahun kemudian, pada 2 Mac 1937, satu lagi fail kerajaan, 1957/0288922W, muncul dengan tajuk:

“Erection of a Bund and Water Gate at Jeram.”

Di sini kita dapat melihat kesinambungan yang menarik. Pada 1934, cadangan dibuat. Pada 1937, pembinaan bund dan pintu air pula menjadi urusan rasmi.

Atok terjumpa satu laporan tahun 1937. Dalam laporan tu, ada cerita pasal kerja-kerja pembinaan di tiga kawasan: Rantau Panjang, Teluk Pulai dan Jeram —semuanya dalam daerah Klang-Kuala Selangor. Mari Atok ceritakan apa yang berlaku. Di ketiga-tiga kawasan ni, kerja membina bund (tambak atau tanggul) diteruskan. Tapi cara kerja berbeza. Di Rantau Panjang dan Teluk Pulai, diorang guna jentera pengorek mekanikal. (Dah ada mesin). Tapi di Jeram pula, kerja siap sepenuhnya guna tenaga buruh. Orang kampung gali dan bina dengan tangan. Dan yang menarik, Jeram dah siap dulu dari dua kawasan lain. Setiap kawasan juga bina pintu air (watergate) melalui kontrak. Tujuan pembinaan bund ni? Untuk lindungi pertanian. Tapi laporan tu tekankan—ia juga dianggap sebagai langkah kesihatan. Sebab bund dan saliran ni mengurangkan air bertakung, tempat nyamuk malaria membiak. Jadi, ia melindungi tanaman dan kesihatan penduduk sekali gus. 

Satu lagi perkara menarik dalam laporan ni: Dan yang paling Atok suka:.usaha melatih orang Melayu sebagai pemandu jentera pengorek. Kerajaan kolonial usaha ajar kemahiran ni kepada penduduk tempatan. Laporan kata, "Satu atau dua orang menunjukkan potensi yang cukup baik." Kecil-kecilan, tapi penting—tanda mula ada peralihan kemahiran kepada penduduk tempatan.

Apa maknanya untuk Jeram? Tahun 1937 ni, Jeram dah ada Jeram Drainage Board (sejak 1926). Kerja membina bund dan pintu air ni sebahagian daripada usaha berterusan untuk kawal air dan banjir. Tapi apa yang menarik, Jeram masih guna tenaga buruh tangan—bukan sebab nak jimat, tapi mungkin sebab kawasan Jeram lebih kecil atau kerja-kerja awal dah siap. Rantau Panjang dan Teluk Pulai pulak guna jentera sebab kawasan lebih besar atau kerja baru bermula. Ini bukti bahawa usaha kawal air di kawasan ni bukan kerja sekali jalan. Dari 1904 (Kapar Drainage Scheme), ke 1926 (Jeram Drainage Board), ke 1932 (cadangan lima skim saliran), dan ke 1937 (pembinaan bund)—semuanya sambung-menyambung. Kerajaan kolonial terus melabur dalam saliran dan kawalan banjir, sebab ia penting untuk pertanian dan kesihatan.

Tahun 1940, satu perkembangan penting berlaku. Government Gazettes of the Federated Malay States menunjukkan peluasan sempadan Jeram Drainage Board. Kawasan tanggungjawab lembaga ini semakin besar. Ini bermakna lebih banyak tanah dan kampung di Jeram kini berada di bawah perlindungan sistem saliran yang tersusun.

Pembinaan Bund di pesisir pantai sistem peparitan di ladang-ladang memungkinkan penanaman tanaman komersial di mukim Jeram 

g. Jeram Selepas Perang Dunia Kedua

Tujuh tahun kemudian, pada 1947, Who's Who in Malaya menyenaraikan Jeram Drainage Board sebagai salah satu lembaga saliran di Selangor. Siapa pengerusinya? District Officer Kuala Selangor. Manakala aspek teknikal dipegang oleh pegawai daripada bahagian saliran negeri. Ini menunjukkan bahawa lembaga ini bukan sekadar pentadbiran kertas—ia melibatkan pegawai kanan kerajaan dan kepakaran teknikal.

Pada 1948, Malayan Union Government Gazette pula menyenaraikan Jeram Drainage Board dalam kerangka undang-undang. Ini mengesahkan bahawa lembaga ini masih berfungsi dan diiktiraf secara rasmi. Apa yang menarik, walaupun berlaku perubahan politik besar—Perang Dunia Kedua, pendudukan Jepun, Malayan Union, dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu—struktur pengurusan air yang dibina sejak zaman kolonial tetap kekal. Saliran bukan politik. Air tetap perlu dikawal. Tanah tetap perlu dilindungi. Lembaga yang ditubuhkan pada 1926 ini terus bertahan melalui pelbagai perubahan rejim. Buktinya ada dalam rekod—1940, 1947, 1948—semuanya menunjukkan kesinambungan. Dari kolonial British ke Malayan Union ke Persekutuan, lembaga ini terus menjalankan tanggungjawabnya. Itulah pengajaran daripada sejarah: "apabila sesuatu itu penting untuk kehidupan harian orang ramai, ia akan kekal walaupun sistem politik berubah"

Atok terjumpa satu dokumen lain pulak. Kali ni dari Laporan Jabatan Saliran dan Pengairan (Drainage and Irrigation Department) tahun 1948. Dalam laporan tu, ada sebut pasal Jeram Drainage Area.

"Jeram Drainage Area. This scheme includes 13,849..."

Atok tak dapat tengok hujung ayat tu sebab carian hanya tunjuk sekeping je. Tapi angka tu dah cukup untuk buat Atok terfikir. 13,849 ekar. Bandingkan dengan Kapar Drainage Scheme tahun 1904-1908 yang salirkan 24,000 ekar. Jeram Drainage Area ni lebih kecil—tapi tetap besar. Tu hampir 5,600 hektar. Bayangkan—dari Jeram ke mana? Mungkin merangkumi kawasan sekitar Sungai Buloh, Simpang Tiga, dan kawasan pedalaman yang dilindungi daripada banjir.

Apa yang menarik, laporan 1948 ni datang selepas Perang Dunia Kedua. Masa tu, Jabatan Saliran dan Pengairan baru nak pulihkan sistem yang rosak akibat perang dan pendudukan Jepun. Dalam laporan tahun 1947 (yang Atok jumpa sebelum ni), ada disebut:

"Satisfactory progress was made on the various schemes interrupted by the war and considerable advances made in combating the deterioration which occurred as a result of misuse and neglect by the Japanese."

Maknanya, sistem saliran yang dibina zaman kolonial—termasuk yang di Jeram—terabai masa perang. Lepas perang, kerajaan kena baik pulih. Dan Jeram Drainage Area tu salah satu kawasan yang diberi perhatian.Atok terjumpa satu dokumen lain pulak. Kali ni dari Laporan Jabatan Saliran dan Pengairan (Drainage and Irrigation Department) tahun 1948. Dalam laporan tu, ada sebut pasal Jeram Drainage Area.

Tak lama kemudian, Atok terjumpa satu lagi dokumen lama—Anggaran Pembangunan Malaysia 1965. Dalam dokumen tu, ada sebut pasal Skim Saliran Kapar. Jumlah peruntukan pun besar—310,600 dan 3,000,000—mungkin dalam Ringgit Malaysia masa tu. Tapi yang buat Atok terkejut, dokumen tu tandakan skim tu sebagai "Scheme abandoned"—dibatalkan. Atok pun tertanya-tanya. Kenapa projek saliran yang dulu sangat penting tiba-tiba terbengkalai? Mari Atok ceritakan beberapa kemungkinan.

  • Pertama, fokus pembangunan negara dah berubah. Tahun 1960-an, Malaysia baru lepas Merdeka. Dasar ekonomi sedang beralih. Dulu zaman kolonial, semua pasal getah. Tapi sekarang, kerajaan nak fokus kepada perindustrian dan keselamatan makanan. Jadi projek saliran untuk ladang getah—yang kebanyakan milik orang asing—mungkin dah tak jadi keutamaan.
  • Kedua, masalah teknikal dan kos. Projek saliran besar ni selalu ada cabaran. Atok pernah dengar cerita projek Jalan Kapar moden pun tertangguh sebab kena pindah kabel dan paip bawah tanah. Dulu zaman 1960-an, teknologi lagi terhad. Kalau kos tambahan melampau, kerajaan mungkin tarik diri.
  • Ketiga, politik dah lain. Lepas Merdeka, kerajaan nak tunjuk yang mereka jaga kepentingan rakyat tempatan. Jadi mereka mungkin lebih suka bajet untuk projek pengairan sawah padi—yang manfaat kepada petani Melayu—daripada saliran estet getah Eropah.
  • Keempat, sistem saliran lama mungkin masih elok. Ingat tak cerita Atok pasal 37 batu saluran dan pintu air yang dibina 1904-1908? Mungkin sistem tu masih berfungsi. Projek "baru" dalam dokumen 1965 tu mungkin cadangan nak naik taraf, tapi sebab sistem sedia ada mencukupi, projek tu tak jadi.
  • Kelima, masalah tanah. Nak buat projek saliran, kena ambil tanah orang. Proses ni makan masa dan duit. Kalau banyak bantahan atau tuntutan hak milik, kerajaan mungkin pilih jalan mudah—batalkan projek. 

Atok tak boleh pastikan sebab sebenar. Tapi kemungkinan besar, "pembatalan" tu bukan bermakna semua sistem saliran Kapar dimansuhkan. Mungkin projek naik taraf besar-besaran tu tak jadi. Tapi sistem asal—yang dibina zaman kolonial—mungkin masih berfungsi sampai hari ni, dijaga oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Yang pasti, dokumen 1965 ni tunjuk satu perkara: walaupun saliran di Kapar-Jeram bermula zaman British, ia tetap jadi isi penting dalam perancangan Malaysia lepas Merdeka. Cuma cara dan keutamaannya berubah ikut masa. Macam Atok selalu cakap, sejarah ni bukan diam. Ia bergerak, berubah ikut keadaan.

Analisis Atok. Apa  sebenarnya yang kita belajar di sini? Dari cerita ni, ada empat pengajaran penting:

Pertama, motif utama kolonial adalah ekonomi, bukan kemanusiaan. Mereka tak bina saliran sebab kesian kat penduduk. Mereka bina sebab malaria mengancam keuntungan getah. Kos $110,000 tu pelaburan untuk pastikan buruh sihat dan ladang produktif.

Kedua, saliran lebih berkesan daripada ubat. Kina (quinine) diberi, tapi tak cukup. Perubahan persekitaran—keringkan air, tutup lubang, pindah penempatan—terbukti lebih mampan. Kesannya kekal sampai hari ini.

Ketiga, pembangunan tanpa perancangan alam sekitar boleh membawa bencana. Jalan Klang-Kuala Selangor dibina untuk buka kawasan—tapi jadi punca malaria. Sebab ia halang saliran semula jadi. Pengajaran: sebelum bina apa-apa, fikir dulu kesan terhadap air.

Keempat, kejayaan Kapar Drainage Scheme jadi model untuk Tanah Melayu. Watson kata: "Kejayaan kami datang daripada pengetahuan yang diperoleh bukan di hospital sahaja, bukan di makmal sahaja, bukan di lapangan sahaja, tetapi melalui kerja bersepadu di ketiga-tiganya." Pendekatan bersepadu ni jadi asas pengurusan malaria di seluruh Tanah Melayu.


BAHAGIAN 4: ISU DAN MASALAH PENGAIRAN DAN PEPARITAN DI JERAM

Kalau Atok kaji balik cerita ini dari zaman kolonial sampai ke zaman sekarang, gambarnya menjadi lebih jelas. Kita mungkin tidak menemukan banyak tajuk akhbar lama yang berbunyi “Banjir di Jeram”. Tetapi sejarah tidak semestinya meninggalkan jejaknya dengan perkataan itu. Kadang-kadang ia muncul dalam bentuk sungai yang melimpah, tanah pertanian yang rosak, bund yang perlu dibina, saluran yang perlu dipanjangkan dan pintu air yang perlu dipasang.

Lebih penting lagi, laporan tentang Sungai Buloh memberikan kita satu bukti yang sangat berharga. Ia menyebut dengan jelas banjir sungai yang kerap, malah menggunakan istilah “great frequent floods”. Jadi sekurang-kurangnya dalam landskap Mukim Jeram pada zaman kolonial, kita tahu bahawa limpahan sungai bukan sesuatu yang asing. Dan apabila kita letakkan fakta itu bersebelahan dengan rekod Kampong Jeram, kita mula memahami mengapa kerajaan begitu bersungguh-sungguh membangunkan sistem saliran dan kawalan air.

Namun Atok tidak mahu melangkah terlalu jauh. Kita belum boleh mengatakan bahawa setiap kejadian banjir Sungai Buloh turut menenggelamkan Kampong Jeram. Kita juga belum boleh memastikan bahawa bund dan pintu air Jeram dibina khusus untuk menghadapi air laut atau pasang besar. Perkara itu memerlukan isi dokumen yang lebih lengkap. Apa yang dapat kita katakan dengan yakin ialah Jeram mempunyai sejarah panjang berhadapan dengan air, dan sejarah itu sudah direkodkan dalam bentuk pentadbiran serta kejuruteraan sejak awal abad ke-20. Sungai Buloh melimpah dan merosakkan kawasan pertanian. Saliran perlu diperbaiki. Lembaga saliran diwujudkan. Bund dibina. Pintu air dirancang. Dan Kampong Jeram sendiri akhirnya memerlukan sistem kawalan air yang khusus.

Seawal 1914, kerajaan sudah menjalankan “Drainage Assessment Sungei Buloh and Kapar–Jeram Drainage Areas”. Pada 1918, usaha “Drainage Improvements Within the Kapar–Jeram Drainage Area” pula direkodkan. Masuk tahun 1923 dan 1926, wujud pula Kapar–Jeram Drainage Board dan Jeram Drainage Board, diikuti urusan lembaga pada 1929 dan Jeram Drainage Road pada 1930. Kemudian pada 1934, kerajaan mencadangkan supaya Kampong Jeram diisytiharkan sebagai “Drainage Area” dan dibina bund serta water-gates melalui fail 1957/0283118W. Pada 1937, muncul pula rekod “Erection of a Bund and Water Gate at Jeram”, fail 1957/0288922W.

Bagi Atok, rangkaian lebih dua dekad ini merupakan bukti penting. Ia menunjukkan bahawa air telah lama menjadi persoalan yang perlu diurus di Jeram. Kerajaan tidak sekadar membersihkan parit sekali-sekala, tetapi akhirnya sampai kepada keperluan mengurus kawasan saliran, membina benteng dan memasang pintu air. Cuma kita masih belum boleh menentukan daripada tajuk fail sahaja sama ada puncanya ialah limpahan sungai, hujan berterusan, air pasang besar atau gabungan beberapa faktor.

a. Banjir di Mukim Jeram

Banjir merupakan masalah kronik yang sering melanda Mukim Jeram, terutamanya di kawasan pesisir pantai dan berhampiran sungai.

1. Banjir akibat Air Pasang Besar

Kedudukan Jeram yang strategik di tepi Selat Melaka menjadikannya sangat terdedah kepada banjir akibat fenomena air pasang besar. Pada 18 Oktober 2020, fenomena ini menyebabkan 12 buah rumah di Jeram dinaiki air selepas tanggul dan tebing sungai di Kg Sungai Janggut mengalami hakisan. Malah, pada September 2022, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor mengenal pasti 13 lokasi berisiko banjir akibat air pasang besar, dengan 6 daripadanya terletak di Mukim Jeram, termasuk Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang dan Pekan Sungai Buloh.

2. Banjir Kilat akibat Hujan Lebat

Selain air pasang, hujan lebat berterusan juga sering menyebabkan banjir kilat. Pada 12 November 2022, hujan lebat menyebabkan 6 buah rumah di Jalan Bukit Panjang, Simpang 3 Jeram dinaiki air, melibatkan 30 mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Jeram. Sebelum itu, pada Mac 2012, lebih daripada 20 keluarga di Jeram turut terjejas akibat limpahan air dari kawasan Puncak Alam.

3. Banjir yang Lambat Surut
Isu banjir di Jeram menjadi lebih rumit kerana air mengambil masa yang lama untuk surut. Ini disebabkan aliran air di sungai terhalang oleh paras air pasang laut, menyukarkan proses pelepasan air. Kali terakhir banjir besar akibat limpahan air laut berlaku pada tahun 2021.

b. Kemarau di Mukim Jeram

Walaupun kurang mendapat liputan berbanding banjir, kemarau juga merupakan cabaran besar bagi penduduk Jeram, terutamanya dari segi bekalan air bersih.

1. Krisis Bekalan Air 1955

Dokumen dari Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 13 Januari 1955 membuktikan bahawa kemarau bukan isu baharu. Ketika itu, cuaca kering yang berterusan sejak 7 Disember 1954 menyebabkan Takungan Subang dijangka kering dalam masa 80 hari. Akibatnya, bekalan air terpaksa diagihkan secara bergilir, dan Jeram hanya mendapat bekalan air selama 1 jam sahaja setiap hari (8–9 pagi). Ini menunjukkan betapa kritikalnya masalah kemarau terhadap bekalan air penduduk Jeram sejak lebih 70 tahun lalu.

Dokumen ini ialah notis awam daripada Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) yang memaklumkan tentang krisis bekalan air akibat cuaca kering yang berterusan sejak 7 Disember 1954. Ketika itu, Takungan Subang dijangka kering dalam masa 80 hari jika tiada hujan.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak JKR mengenakan jadual bekalan air secara bergilir. Jeram disebut secara khusus dalam jadual tersebut:

WaktuKawasan yang mendapat bekalan air
6:00 pagi – 8:00 pagiSemua kawasan
8:00 pagi – 9:00 pagiKapar, Jeram, Kuala Selangor SAHAJA
9:00 pagi – 10:00 pagiBukit Raja, Klang Utara SAHAJA
2:00 petang – 3:00 petangKlang Selatan SAHAJA
3:00 petang – 4:00 petangTelok Gadong Road, Watson Road,
Fort Swettenham SAHAJA
4:00 petang – 6:00 petangSemua kawasan

Notis ini juga mengingatkan bahawa penggunaan paip awam untuk mandi, membasuh kenderaan, pakaian atau haiwan adalah satu kesalahan.


2. Kesan Kemarau terhadap Sumber Air

Walaupun tiada laporan khusus tentang kemarau di Mukim Jeram, laporan di kawasan lain dengan nama "Jeram" menunjukkan bahawa kemarau boleh menyebabkan sumber air kering dan menjejaskan aktiviti harian penduduk. Memandangkan Jeram terletak di kawasan muara sungai, kemarau yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah kemasukan air masin (saltwater intrusion) yang mencemari sumber air tawar. 

Berdasarkan rekod sejarah dan laporan terkini, Mukim Jeram memang menghadapi dua masalah ekstrem yang bertentangan:

MasalahPunca UtamaKesan
BanjirAir pasang besar, hujan lebat, sistem perparitan tersumbatRumah dan harta
benda rosak, penduduk dipindahkan
KemarauCuaca kering berpanjangan, kekurangan hujanBekalan air terhad, sumber air kering

Kedua-dua masalah ini bukan baharu—ia sudah wujud sejak era kolonial (dibuktikan oleh dokumen 1955) dan masih berlanjutan sehingga kini. Penduduk Jeram, yang diwakili oleh wakil rakyat tempatan, terus mendesak agar penyelesaian infrastruktur seperti sistem perparitan dan saliran diperbaiki bagi mengurangkan risiko banjir.

Lebih daripada lapan puluh tahun telah berlalu sejak kerajaan kolonial sibuk membina bund dan mengurus saliran Jeram. Teknologi berubah, jalan berubah, kampung berubah dan pembangunan semakin bertambah. Tetapi satu perkara masih sama — air tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan Jeram. Barangkali itulah yang perlu kita fahami apabila membaca sejarah banjir Jeram. Ini bukan semata-mata cerita tentang air yang naik. Ia adalah cerita tentang bagaimana sebuah masyarakat yang hidup di kawasan rendah dan berhampiran sungai serta laut terpaksa sentiasa menyesuaikan diri dengan air.

Dahulu orang membina parit, bund dan pintu air. Hari ini kita bercakap tentang rancangan tebatan banjir, sungai yang perlu didalamkan dan sistem saliran yang perlu dinaik taraf. Zaman berubah, tetapi persoalannya masih sama: bagaimana manusia Jeram hendak hidup dengan air tanpa ditenggelamkan olehnya.

Kemudian kita melangkah ke zaman moden dan di sinilah kita mendapat bukti yang jauh lebih terang tentang kejadian banjir. Pada Oktober 2020, fenomena air pasang menyebabkan kira-kira 12 buah rumah di kawasan Jeram terjejas. Lima rumah di Kampung Sungai Janggut, tiga di Bagan Sungai Janggut dan empat di Jalan Yunus, Sungai Sembilang dilaporkan dinaiki air. Keadaan itu dikaitkan dengan limpahan air laut di sepanjang pantai Kuala Selangor serta hakisan pada bund dan benteng sungai di Kampung Sungai Janggut. Pusat pemindahan di SK Tambak Jawa turut disediakan sebagai langkah menghadapi keadaan tersebut.

Dua tahun kemudian, pada November 2022, banjir sekali lagi menjejaskan kawasan Jeram. Enam buah rumah di Jalan Bukit Panjang, Simpang 3 Jeram terlibat, dengan 30 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di SMK Jeram. Paras air dilaporkan sekitar 0.3 meter. Kali ini kita bukan lagi sekadar melihat rekod tentang sistem saliran; kita mempunyai angka mangsa, bilangan rumah dan paras air.

Lebih menarik lagi, dalam penilaian risiko ketika fenomena air pasang, kawasan Jeram dikenal pasti sebagai antara kawasan yang sangat terdedah. Lokasi seperti Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang dan Pekan Sungai Buloh termasuk dalam kawasan yang diberi perhatian. Ini memberikan gambaran bahawa kerentanan terhadap air di sekitar Jeram bukanlah masalah sebuah rumah atau satu kampung sahaja, tetapi melibatkan landskap pesisir yang lebih luas.

Kerajaan moden juga tidak hanya menunggu air naik. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh telah diluluskan pada 2017, dengan kawasan seperti Sungai Janggut, Sungai Sembilang dan Sungai Buloh dikenal pasti sebagai lokasi yang berulang kali mengalami masalah banjir. Anggaran keseluruhan bagi kerja tebatan banjir di daerah Petaling dan Kuala Selangor pula mencecah RM456 juta. Sekali lagi, kita melihat satu corak yang sebenarnya sudah dapat dikesan sejak zaman kolonial: apabila masalah air berulang, kerajaan akhirnya terpaksa merancang penyelesaian pada skala kawasan.

Tetapi Atok mahu kita berhati-hati dengan satu perkara. Kita tidak boleh menggunakan banjir 2020 dan 2022 sebagai bukti bahawa banjir yang sama telah berlaku di Jeram pada tahun 1914, 1918 atau 1934. Begitu juga kita belum boleh mengatakan bahawa banjir moden Jeram adalah akibat langsung daripada pembangunan kolonial. Hubungan itu mungkin ada, tetapi untuk membuktikannya kita memerlukan kajian perubahan guna tanah, sungai, saliran, kawasan paya, garis pantai dan pembangunan dari zaman kolonial hingga sekarang.

Apa yang boleh kita katakan dengan lebih yakin ialah terdapat satu kesinambungan masalah pengurusan air. Pada zaman kolonial, kerajaan menilai saliran, membentuk lembaga, mencadangkan kawasan saliran dan membina bund serta pintu air. Pada zaman moden, kerajaan pula mengenal pasti kawasan berisiko, memindahkan mangsa apabila banjir berlaku dan merancang projek tebatan banjir berskala besar. Bentuk teknologinya berubah, tetapi persoalannya masih sama: bagaimana hendak mengawal air di kawasan Jeram yang rendah dan terdedah kepada pengaruh sungai, hujan dan laut.

Maka, kita belum boleh mengatakan bahawa banjir hari ini bermula daripada zaman kolonial. Tetapi kita boleh mengatakan bahawa masalah mengawal air di Jeram bukanlah masalah baru. Lebih daripada seratus tahun memisahkan penilaian saliran pada 1914 dengan banjir moden, namun persoalan asasnya masih ada — air datang, tanah rendah menakungnya, manusia terpaksa menyesuaikan diri, dan kerajaan terus mencari jalan untuk mengawalnya.

Dan mungkin itulah cerita Jeram yang paling menarik. Bukan cerita tentang bagaimana Jeram gagal melawan air, tetapi bagaimana dari zaman kolonial sampai hari ini, manusia Jeram tidak pernah berhenti mencari jalan untuk hidup bersama air.

Penutup: 

Daripada 1896 hingga 1948, Jeram berubah. Dari kawasan paya, jadi ladang getah. Dari parit kampung, jadi sistem saliran 37 batu. Dari tiada pentadbiran, jadi Lembaga Saliran sendiri. Perjalanannya: 1896-1899 (kerja saliran awal dan pampasan), 1904-1910 (projek kejuruteraan dan pintu air), 1900-1916 (krisis malaria), 1904-1925 (Kapar Drainage Scheme), 1910-1914 (Kapar Drainage Board), 1914-1923 (penyatuan Kapar–Jeram), 1926 (Jeram Drainage Board), dan 1929-1948 (kesinambungan dan pengiktirafan).

Semua ini bukan sekadar cerita parit dan tali air. Ini cerita bagaimana manusia belajar mengawal air untuk membina kehidupan. Dari parit kampung ke lembaga saliran yang ada peraturan, kewangan, dan sempadan sendiri—Jeram berubah daripada komuniti yang bergantung kepada alam, kepada masyarakat yang mula menguasai alam melalui ilmu, teknologi, dan pentadbiran moden. Dan warisan itu masih ada sampai hari ini. Parit, pintu air, dan sistem perparitan yang dibina awal abad ke-20—korang boleh nampak lagi dalam landskap Jeram moden. Ia jadi asas kepada pertanian, penempatan, dan kehidupan. Sebab bagi Jeram, air bukan musuh. Air adalah unsur yang membentuk ekonomi, kesihatan, pentadbiran, dan perjalanan sejarah. Sistem ini terus berfungsi hingga 1948 sehingga kini. Saliran bukan sekadar infrastruktur—ia asas kepada ekonomi, kesihatan, dan pembentukan Jeram moden. 

Jeram Drainage Board yang Atok ceritakan dalam sejarah tu—lembaga yang ditubuhkan 1926—dah tiada. Fungsinya kini dipegang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) . Siapa mentadbir? Jawatan tertinggi di peringkat negeri ialah Pengarah JPS Selangor, manakala di peringkat daerah, urusan saliran dikendalikan JPS Daerah Kuala Selangor  Nak tahu lebih tepat, Atok cadang korang terus hubungi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Selangor serta Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).Sebab rekod moden ni payah nak dapat guna carian internet biasa. 

Dulu vs Sekarang. Apa yang Berubah? Sistem yang Atok cerita kat atas tu semuanya adalah blueprint asal era kolonial British, terutamanya lepas DID ditubuhkan tahun 1932. Prinsip sains air dia tetap sama sampai hari ini, cuma cara kita urus sekarang dah jauh lebih moden

Dulu datuk nenek kita patah pinggang hayun cangkul; sekarang JPS Kuala Selangor cuma hantar jentera jengkaut besar untuk korek dan bersihkan parit kampung secara berkala. Dulu ban tanah liat marin semata-mata harap ihsan pokok bakau; sekarang kebanyakan ban pantai kat Jeram dah diperkukuh dengan dinding konkrit, benteng batu tebal (rock revetment), atau blok pemecah ombak sbb ombak sekarang lagi ganas kesan perubahan iklim. Dulu harapkan graviti dan pintu air sehala je; sekarang JPS dah pasang rumah pam mekanikal berkuasa tinggi. Kalau hujan lebat lebat bertembung pula dengan air pasang besar (waktu pintu air tak boleh buka), pam gergasi ni akan sedut air tawar tu keluar secara paksa ke laut untuk elakkan kampung kita banjir. 

Peta Jeram dalam tahun 1899.
Peta Jeram dalam tahun 1910.
Peta Jeram dalam tahun 1933.Sistem peparitan dan saliran telah siap terbina.
Peta Jeram dalam tahun 1933.Sistem peparitan dan saliran sudah lama terbina .
Peta Jeram tahun 2026.Sistem peparitan dan saliran masih ada terus diselanggarakan oleh JPS.

Parit-parit berlumut yang kita nampak di tepi jalan sekitar Jeram hari ini bukanlah sekadar longkang buangan air yang tiada nilai. Di sebalik aliran airnya yang tenang menembusi celah-celah kebun kelapa dan getah, ada kisah perjuangan sosiologi yang besar. Ia adalah monumen sejarah tentang bagaimana komuniti tempatan dengan bantuan kejuruteraan saliran kolonial berjaya 'menjinakkan' sebuah paya liar menjadi sebuah lubuk rezeki yang memakmurkan tanah kelahiran kita. Jadi, sebagai generasi hari ini, sekurang-kurangnya jagalah parit sejarah kita dengan tidak membuang sampah merata-rata! 

Jadi, itulah kisahnya. Parit yang korang nampak biasa-biasa kat Jeram tu sebenarnya sebahagian daripada sejarah kejuruteraan hebat yang dah mengubah status mukim kita daripada paya liar mandom menjadi tanah pertanian yang penuh berkat! Wallahualam.

Bibliografi

1. Fail-Fail Arkib

Semua fail arkib berikut disimpan di Arkib Negara Malaysia (ANM), dengan nombor rujukan siri "1957/".

  1. “Drainage Between Kapar and Sungei Binjai Roads Klang.” 7 Mac 1896. Arkib Negara Malaysia, 1957/0062168W.

  2. “Sungei Binjai – Kapar Road. Drainage Scheme.” 15 Mei 1896. Arkib Negara Malaysia, 1957/0063102W.

  3. “Drainage Scheme Kapar Road.” 8 Julai 1896. Arkib Negara Malaysia, 1957/0064035W.

  4. “Drainage of Land About to be Sold Near Klang.” 6 Julai 1896. Arkib Negara Malaysia, 1957/0063969W.

  5. “Compensation for Fruit Trees Destroyed.” 10 Jun 1898. Arkib Negara Malaysia, 1957/0077577W.

  6. Rekod pampasan. 31 Disember 1898. Arkib Negara Malaysia, 1957/0080624W.

  7. Rekod pampasan. 11 Mei 1899. Arkib Negara Malaysia, 1957/0084113W.

  8. “Plan and Estimate, Bukit Panjang and Bukit Cheraka.” 1898. Arkib Negara Malaysia, 1957/0078827W.

  9. “Drainage of the Kapar District.” 21 Mei 1904. Arkib Negara Malaysia, 1957/0116374W.

  10. “Drainage in the Vicinity of Kapar.” 13 Julai 1904. Arkib Negara Malaysia, 1957/0117391W.

  11. “Drainage of the Kapar District – Re.” 27 November 1904. Arkib Negara Malaysia, 1957/0119563W.

  12. “Kapar Drainage Scheme – Authority to Enter into Contract.” 3 Mac 1906. Arkib Negara Malaysia, 1957/0127965W.

  13. “Extension of C.C. Drain – Kapar Drainage Scheme.” 4 Mei 1907. Arkib Negara Malaysia, 1957/0135809W.

  14. “The Kapar Drainage Scheme and the Sluice Gate Assessment.” 20 Oktober 1908. Arkib Negara Malaysia, 1957/0590983W.

  15. “Sluice Gate Assessment in Connection with the Kapar.” 28 Oktober 1908. Arkib Negara Malaysia, 1957/0144947W.

  16. “Kapar Drainage Scheme – Making of a Sunk Invert.” 26 April 1910. Arkib Negara Malaysia, 1957/0151558W.

  17. “Kapar Drainage Scheme – Recommends that the Balance.” 26 April 1910. Arkib Negara Malaysia, 1957/0151565W.

  18. Lembaga Saliran Kapar, minit mesyuarat pertama. 21 April 1910. Arkib Negara Malaysia, 1957/0151501W.

  19. Lembaga Saliran Kapar, minit mesyuarat. 7 Februari 1911. Arkib Negara Malaysia, 1957/0156013W.

  20. Lembaga Saliran Kapar, minit mesyuarat “Drainage Assessment.” 16 Ogos 1911. Arkib Negara Malaysia, 1957/0159164W.

  21. “Drainage Assessment Sungei Buloh and Kapar–Jeram Drainage.” 21 Februari 1914. Arkib Negara Malaysia, 1957/0174635W.

  22. Kerajaan Selangor. Penambahbaikan sistem saliran Kapar–Jeram. 9 Ogos 1918. Arkib Negara Malaysia, 1957/0200910W.

  23. “Kapar–Jeram Drainage Board.” 4 Mei 1920. Arkib Negara Malaysia, 1957/0210208W.

  24. “Forwards an Appeal Signed by Members of the Kapar.” 2 Januari 1923. Arkib Negara Malaysia, 1957/0224540W.

  25. Lembaga Saliran Jeram. “Minutes of Meetings, 1926.” 16 Februari 1926. Arkib Negara Malaysia, 1957/0240310W.

  26. “Constitution of the Jeram Drainage Board.” 21 Disember 1926. Arkib Negara Malaysia, 1957/0244674W.

  27. Lembaga Saliran Jeram. Minit mesyuarat. 1929. Arkib Negara Malaysia, 1957/0258102W.

  28. Lembaga Saliran Jeram. “Minutes of Meeting, 1930 – Jeram Drainage Road.” 1930. Arkib Negara Malaysia, 1957/0265407W.

2. Terbitan Kerajaan

  1. Government Gazettes of the Federated Malay States. 1940. [Mengandungi notis mengenai peluasan sempadan Lembaga Saliran Jeram.]

  2. Malayan Union Government Gazette. 1948. [Mengandungi pengiktirafan sah Lembaga Saliran Jeram.]

  3. Jabatan Pengairan dan Saliran. Laporan Tahunan. 1947. [Menyebut pemulihan sistem saliran selepas perang yang terabai semasa pendudukan Jepun.]

  4. Jabatan Pengairan dan Saliran. Laporan Tahunan. 1948. [Menyebut Kawasan Saliran Jeram seluas 13,849 ekar.]

  5. Anggaran Pembangunan Malaysia. 1965. [Menyebut Skim Saliran Kapar dengan peruntukan RM310,600 dan RM3,000,000, yang ditandakan sebagai "Skim dibatalkan".]

3. Buku dan Laporan Rasmi

  1. Lembaga Penasihat Malaria. Laporan Tahunan. 1932. [Mencadangkan lima skim saliran baharu: Teluk Pulai, Rantau Panjang, Sementa, skim 13 batu, dan skim Kampung Jeram (batu ke-20).]

  2. Watson, Malcolm. The Prevention of Malaria in the Federated Malay States. Liverpool: Liverpool School of Tropical Medicine, 1911.

  3. Who’s Who in Malaya. 1947. [Menyenaraikan Lembaga Saliran Jeram sebagai salah satu lembaga saliran di Selangor, dengan Pegawai Daerah Kuala Selangor sebagai Pengerusi.]

4. Artikel Akhbar

  1. “Malaria in Selangor Coastal Districts.” The Straits Times, 16 Mei 1935.


Catatan Tambahan tentang Sumber Arkib

Semua fail arkib yang disenaraikan di atas diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia (katalog rujukan siri 1957/xxxxxxW). Fail-fail ini tergolong dalam koleksi pentadbiran negeri Selangor era kolonial British (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) dan diklasifikasikan sebagai Arkib Awam. Dalam format Gaya Chicago, dokumen arkib biasanya dipetik dengan menyebut "nama institusi penyimpan + nombor rujukan + tajuk dokumen + tarikh". Bagi beberapa rekod yang tidak mempunyai tajuk jelas dalam teks asal (seperti 1957/0080624W dan 1957/0084113W), ia dicatatkan secara ringkas sebagai "Rekod pampasan" berdasarkan kandungan yang dipetik.

Selain itu, laporan Lembaga Penasihat Malaria (1932), Laporan Tahunan Jabatan Pengairan dan Saliran (1947 & 1948), Warta Kerajaan (1940 & 1948), Who’s Who in Malaya (1947), serta Anggaran Pembangunan Malaysia (1965) dan rencana akhbar The Straits Times (1935) turut dicatatkan mengikut piawaian bibliografi Gaya Chicago yang ketat.


  • SELANGOR NEWS.
    The Straits Times / Article
    10 August 1896 - (From our Com*imniltfnt.) urgTRICTIVK riBE. Thk town of Kepong -a milling 1 settlement fituatecl about six mile- i i from Kuala Luni|*or -ha» been almost i completely destroyed by fire. Forty- j one buildingß were totally gutted. including the Gambling, Spirit, and i Opium Inarms. The cause of
    1,173 words
  • Planting in Selangor.
    The Straits Echo / Article
    29 June 1904 - Jr Klanu. M ff. Del keley, the District Officer at Kfeing, niakfes the following interesting remarks as tq,the progress of planting in his district k»>? year A The area under cultivation on European■>wned estates has considerably increased ■during the year ;md now amounts to little I short
    437 words
  • QUEEN’S AND GOVERNMENT SCHOLARSHIPS.
    The Straits Budget / Article
    7 July 1904 - QUEEN’S AN D GOVERNMENT SCHOLARSHIPS. The OazctU. publishes the report of the Examiners for Queen’s and Government Scholarships, 1904. The examination held good for two Queen’s Scholarships, a Federated Malay States Scholarship, and five Government Scholarships. Eleven candidates presented tnemseUes; of these eight entered for the Queen s Scholarships, ten
    658 words
  • The Rubber Industry.
    Straits Echo / Article
    22 July 1904 - (VJ .Tidy.) Re Misleading Official Reports. >lk. Herbert M. Darby writes to the Kuala Lumpur Mail from Vallambrosa Estate, Klang, Selangor, under date of 14th July to remove false impressions that may be created by certain ill-advised and ill-informed allegations of the District Officer, Klang. The letter
    842 words
  • RUBBER INVESTMENTS.
    The Straits Budget / Article
    27 July 1904 - To the Editor of the “Malay Mail. Dear Sir.—ln your issue of June 28th you reprint some extracts from the annual report of the District Officer, Klang. for 1903. One extract says: “That the sanguine hopes in rubber are not universal, however, or perhaps that every one has
    307 words
  • KRIAN IRRIGATION.
    Pinang Gazette And Straits Chronicle / Article
    27 March 1906 - Indian Engineering publishes the- following from a correspondent:— I am not much surprised at one of the local papers protesting in the Malay Peninsula against the large unexpected expenditure incurred by the Government of Perak for the Krian Irrigation Works, the long period taken up in bringing them
    912 words
  • THE GOVERNOR'S TOURVISITS TO KLANG AND ELSEWHERE.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    2 August 1906 - July 23rd, 19(R>. Punctually at 8 a.m. the Resident of Selangor called m the Selangor State Cur and took the High Commissioner, Miss Anderson and Miss Laird to Kuala Selangor. Tlie ltesident General followed m the Federal G\r with Mr. E. R. Stokoe,
    3,369 words
  • TAMIL FUND BILL.
    The Straits Times / Article
    28 July 1908 - kapar Planters Consider Assessment Inequitable. That iv the opinion of this Association the terms of assessment of tho Tamil Immigratiou Kund Bill at tho present time are not equitable and should bo amended, so that tbe employers of labour ihould pay ouly on the number of coolies
    634 words
  • TAMIL FUND BILL. Kapar Planters Consider Assessment Inequitable.
    30 July 1908 - 1( t lc opinion of this Association the 1 ssuieut of the Tamil lmmigraI „,1 Bill at the present time are not 1 !i M b, and should be amended, so that 1 oloyers of labour should pay ouly on jr Vr
    650 words
  • Indo-China’s Policy.
    Pinang Gazette And Straits Chronicle / Article
    14 October 1908 - M. Klobukowski, the newlv appointed Governor General of Indo China, arrived at Saigon on September 24. His Excellency landed amid an imposing display of honours military and otherwise, and was welcomed I heartily by the vast crowd in attendance One hour afterwards. His Excellency took the oath of
    323 words
  • THE RUBBER TRADE.
    The Straits Times / Article
    10 December 1908 - STRICTURES ON THE STRAITS GOVERNMENT Censure for Selangor Government rUUTtt'l TICLKUhAM London, December 10. Mr. Henry Rutherford presiding at the annual mectiug of the Rubber Growers Association held on Wi dm '"d ly Mi cxprcs-cd regret that the Straits Gov eminent had not more seriously considered the
    146 words
  • Rubber Growers’ Association.
    The Straits Echo / Article
    10 December 1908 - (Supplied by Renter The Straits Government aud the Planters. London, 10th December.—Mr. Henry Rutherford, presiding at the annual meeting of the Rubber Growers’Association, regretted that the Straits Government had not more seriously considered the hardship involved in taxing established estates in order to provide newcomers with coolies.
    152 words
  • RUBBER GROWING.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    11 December 1908 - KUIHERFORD vs. STRAITS GOVERNMENT. Sharp Criticism. Selangor's Sii^Tlar Conduct." (By Submarine Telegraph- Rater's) I Rec Dec 10, lO^Oa.m. Mr H. Rutherford, presiding at the annual mating of the Rubber Growers' Aeso- said that they regretted that the <Wnmeot of the S.rait, Settlements did not more seriously consider the
    140 words
  • TELEGRAMS.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    17 December 1908 - (By Submarine Telegraph) (Reuter's Agency.) Rec Dec 10, 10 .30 a.m. The Russian Dunn* has adopted the Government's bill closing the free ports of the Amur and Transbaikalia. The supporters of the measure declared that the closing was necessary to put an end to the peaceful conquest of the
    2,041 words
  • Reuter's Telegrams.
    The Straits Budget / Article
    17 December 1908 - Londou, December 9. i Sir Charles Jcssel presided at the annual British North Borneo dinner at which many distinguished quests were present. The gathering was most successful. Mr. W.V. Cowie dwelt on the growing inportauce of rubber trade, by which a considerable amoilnt of capital had recently been
    2,014 words
  • Rubber Growers.
    The Straits Times / Article
    2 January 1909 - MEETING OF THE ASSOCIATION IN LONDON. Mr. H. K. Rutherford's Complaints Against Selangor Government. (From Our Own Cobrbspohpbnt.) London, December 10. The annual meeting of the Rubber Growers' Association was held at the Chamber of Commerce Building, Oxford Court, Cannon Street, on Tuesday, the Chairman, Mr. Henry Kerr
    2,029 words
  • London Letter.
    The Straits Times / Article
    4 January 1909 - THE ASSOCIATION OF RUBBER GROWERS. South American Planter on the Rubber Trade Outlook. (I'kum Our Ows Correspondent.) London, December 11. You will have Been from the report of the muling of the Hubbor-Urowers' Association that that body is pursuing a vigorous policy, and promises to be of great
    1,542 words
  • Rubber Growers’ Association.
    The Straits Echo / Article
    4 January 1909 - s THE ANNUAL MEETING. Text of Mr. Rutherford’s Speech. The annual meeting ot the Rubber i Growers’ Association was heldat the Chamber of Commerce Building, Oxford Court. Cannon Street, London, on Tuesday, December 8tb. 1908, the Chairman, Mr. Henry Kerr Rutherford, presiding. The Chairman, in moving the
    1,766 words
  • THE RUBBER GROWERS’ ASSOCIATION.
    Pinang Gazette And Straits Chronicle / Article
    5 January 1909 - FIRST ANNUAL MEETING. Writing on December 10, the London correspondent of the Straits Times said Ths annual meeting of the Rubber Growers’ Associition was held at the h«mber of Commerce Building, Oxford Court, Cannon Street, on Tu-sday, the Chairman, Ur Henry Kerr Rutherford, presiding There was
    2,017 words
  • The Selangor Government Railway.
    Straits Times Weekly Issue / Article
    6 October 1886 - By our Special Correspondent. > Cos lble interest may af present be attached *«> a re isonably intelligent and fair description of the Selangor Government Railway, not only because it is a verj important enterprise of which th< buci or failure, as the case may be,
    4,110 words
  • NOTES OF THE RESIDENT'S VISITS TO DISTRICTS IN SELANGOR, 1894.
    Pinang Gazette And Straits Chronicle / Article
    26 April 1894 - Rantai* Panjang is a small riverside kainpong of eight houses of Pahang and Selangor Malays and a few Sakeis, just off the proposed Rawang-Kuala Selangor road. On the opposite side to the village, Government has constructed a Rest House, which
    2,113 words
  • SELANGOR.
    Pinang Gazette And Straits Chronicle / Article
    2 June 1894 - Mining in Ulu Langat. Mr. E. F. Lander, District officer, in his annual report for 1893 says In the month of June, the adminstration of the Balau Valley was provisionally handed over to this Government by that of Sungei Ujong. At the date of taking over the territory one
    1,823 words
  • THE MILITARY EXACTION.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    8 January 1895 - This moment is peculiarly opportune for the presenting of a retrospect of the whole much-agitated question of the Military Exaction 1889. Towards the close of the year Sir Cecil Smith, in his address on the Estimates for 1890, foreshadows an increase of Military Contribution, in connection with
    13,474 words
  • FEDERATED MALAYA
    The Straits Times / Article
    10 July 1896 - REPORTS FOX 1805. UKIIIHT M.ASTIVi PKOSPEtTS. TIM-MINING VNDEB DISCOURAGEMENT. PERAK. The revenue of Perak for l*a."i unioiiiited to $4,033,612, an increase of •491,497 over the revenue of the pn vious year. The revenue ligureo most under tin, excise farms, opium, railways, mid land. The expenditaN aggregated *:),757,008, which
    2,934 words
  • FEDERATED MALAYA.
    The Straits Budget / Article
    14 July 1896 - REPORTS FOR 1895. liRIGHT PLANTING PROSPECTS. TIN-MINING UNDER DISCOURAGEMENT. PERAK. The revenue of Perak for 1895 amounted to $4,033,612, an increase of §491,497 over the revenue of the previous year. The revenue figures show most under tin, excise farms, opium, railways, and land. The expenditure, aggregated §3,757,008, which
    2,885 words
  • THE MAIL.
    The Straits Budget / Article
    11 May 1897 - noTKS news, AND REPORTS. WALLACE COLLECTION, understood that the GovernT l i aV r decided to purchase the freer Hertford House, so that there HU iKfcssity to remove the Wal- irr Collection just bequeathed to lace Ari ♦he nation. <IH JOHN MUIR. ()W is to rebuild its Royal
    1,918 words
  • PAHANG NEWS.
    The Straits Times / Article
    11 September 1897 - (From anr Curreepon-ifnt 3rd Septemher MINING. Fkdm the L'lu, it is reported that tin „,tlee plants on tho Liang letata look exceedingly well. A gold reef »aa recently discovered at a place caned Sungci Mas, on the Liaa| C Atoungei Kengul.nn the Chaping Bega path, near tho Selensing
    1,054 words
  • THE MAIL. NEWS, NOTES, AND COMMENTS.
    The Straits Budget / Article
    25 January 1898 - HAINAN. A semi-official Note communicated to the French Press through the Havas Agency states that there is no truth in the announcement that Admiral la Bddollifcre had hoisted the French Bag on the island of Hainan. Both at the Foreign Office and the Ministry
    3,984 words
  • BRITAIN AND SIAM.
    The Straits Budget / Article
    26 May 1900 - BOUNDARIES IN MALAYA. It may be remembered that recently we were able to announce the substance of an important agreement between Britain and Siam. The Perak Government Gazette (15th of May) now* says The following despatch has been received by the Acting Governor from the Secretary of
    643 words
  • THE GOVERNOR'S TOURVISITS TO KLANG AND ELSEWHERE.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    2 August 1906 - July 23rd, 19(R>. Punctually at 8 a.m. the Resident of Selangor called m the Selangor State Cur and took the High Commissioner, Miss Anderson and Miss Laird to Kuala Selangor. Tlie ltesident General followed m the Federal G\r with Mr. E. R. Stokoe,
    3,369 words
  • RUBBER.
    Pinang Gazette And Straits Chronicle / Article
    5 February 1910 - Smoked Shset. The popularity of Highlands and Vallambrosa smoked sheet, on account uf its strength and evenness in quality, has resulted in the highest prices being generally now paid for these kinds. This has drawn considerable attention to the advantage of adopting the process of carefully smoking the mbber,
    1,848 words
  • COMPANY NOTES.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    7 February 1910 - Kuala Pa hi Rubbir Estate. Subscriptions are invited at par for 480,000 Ms. shares m the Kuala Pahi Rubber Estate Ltd. The company has a capital of .£60,000, m 2s. shares, the remaining 120,000 of which will be allotted as fully paid to the vendois m part satisfaction
    877 words
  • COMPANY NOTES.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    9 February 1910 - Kuala Pahi Rlblkk E>tate. Subscriptions are iavited at par for 4*'\ 2*. shares m the Kuala Pahi Rubber E,tati Ltd Toe cornpiry has a capital of 4.S V m 2a. shares, Ihe ienriining ISO, 00 of which will be a lotted h$ fu'ly p~i»d to the vendor* m
    1,001 words
  • COMPANY NOTES.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    15 February 1910 - Yam Sen<; Rubber Co, Ltd. The shareholders of the Yam Sens* Robber Company, Limited, see plainly in their directors' report the influence of a combination of in< rens-d production and high market prices for rubber, the effect being substantial profits and a dividend ot" 15 pt>r cent. The
    1,547 words
  • COMPANY NOTES.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    17 February 1910 - Yam BUM Rt BMkR Co, Lti> T.ie shareholder!* of ihe Yam Sensj Rnl>ber Company, Limited, see plainly m their directors' report the ix.il ien-;e of a combi cation of in«re*B^ti production and high market pi icea for robber, the eff-jot beiD^ substantial profits and h d.vidend of 15
    1,610 words
  • RUBBER RESULTS.
    The Straits Times / Article
    12 October 1910 - TREMELBYE (SELANGOR) AND OTHER REPORTS. Estimated Crops. The report of the Tremelbve (Solangor) Robber Company, Limited, status that, after writing off the prtliiniaary expense* and charigiug all tbe expenditure io London, the profit and loss account shows a baUooe of £8,888. Oat of this tbe directors recommend tbe
    1,134 words
  • RUBBER RESULTS.
    The Straits Budget / Article
    13 October 1910 - TREMELBYE (SELANGOR) AND OTHER REP0RIS. Estimated Crops. The report of the Tremelbve (Selangor) Rubber Company, Limited, states that, aft*r wiitieg off the preliminary expenses and charging all the expenditure in London, the prcAt and loss account shows a balance of £6,333. Oat of this the directors recommend the
    1,147 words
  • COST OF MALARIA EXTERMINATION.
    Singapore Free Press And Mercantile Advertiser / Article
    26 October 1911 - a meeting "t the Malay Branch <>' the Hritish Medical Association was held in tin- Singapore Club on Wednesday ni^ht. Lt. Col. li.ii i> tt was in the chair and there i w.ic present, !>r. Wa!>oii (Klang), Dm i'i;ii;iv>u?i. Ifiddleton, Brooks, LJTCiisy. <;!rnni»\ Leitoh, Elder, Kennedy,
    1,016 words
  • Scottish Malay Rubber.
    The Straits Times / Article
    18 June 1913 - THE CHAIRMAN'S VISIT TO THE ESTATES. Capital Increased. The seventh annual general meeting of the Scottish Malay Robber Company, Limited, was held at the registered office, 46, Charlotte Square. Edinburgh, on May 16, Mr. J. A. Hunter presiding. The Chairman said: Gentlemen, since meeting you last year
    1,424 words

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Hari Ini

Sejarah Pasir Penambang :Komuniti Melayu yang Hilang

Hari ini hari Jumaat. Pagi tadi Atok menerima satu berita yang cukup menyedihkan. Seorang menantu kepada makcik Atok telah kembali ke rahmat...